Assalamualaikum...
Huh, dh hmpir sebulan duduk kat kampung ni. Minggu depan nak kena balik Tanjung Malim dah. Cepat sangat masa berlalu. Seperti mana cepatnya masa berlalu, seperti itulah semakin hampirnya ajal kita. Allahuakhbar. Tiba2 terasa sgt takut dn gerun...
Baru2 ni nenek sedara aku meninggal. Nenek ni adik beradik dgn nenek sebenar aku. Lepas tu atuk sedara pun sakit kat hospital. Yg ni pun adik beradik ngan nenek sebenar aku juga. Tapi kami semua rapat, terutama ngan nenek ni. Bila jmpa aku je msti slalu cium dahi ku. Tapi wktu kami lawat dia di hospital, aku yg cium dahi arwah. Dia tak dpt cium dahi aku dah. Shari slps mlwat arwah, pg2 dkejutkan berita arwah dah tak ada. Sebak rasa ati...
Lepas dpt berita tu kmi bergegas ke rumah arwah sbb nk bersihkan rumah tu sblm jenazah smpai ke rmh. Wktu smpai sana, suami arwah je yg ada. Dia kata nenek tak ada, kat hospital. Allahu, atuk ni tak tahu rupanya. Terus mak cik aku smpaikn berita tu dn atuk menangis, meraung... sebaknya aku waktu tu. Atuk kata dia yg menderita lepas ni (,-_-) atuk ingt dia yg akn pergi dulu. Dia siap beli kain kapan utk dirinya sndiri, tp xsgka nenek yg pergi dulu. Sapa la yg tak sebak... lebih2 lg aku sndiri prnah mngalaminya.
Saat menerima berita kematian... terasa lemah seluruh tubuh, terasa gelapnya dunia. Sampai skrg aku takkan pernah lupa shinggakn aku trauma, takut sgt klu terima panggilan dari kampung. Huhuhu... mcm tu skali kn. That day... how could I forget that day? I'll Never forget..... the first person that i hug just because i'm too weak that time, thank you dear... u know who u are :)
Ah, dah brtahun2 berlalu. Cepat sgtt.... luka yg dirasa semakin lama semakin sembuh. Alhamdulillah, nikmat Allah yg mana yg hendak kamu dustakan... :) berhiduplah selagi kamu masih bernafas. Mati bukan hanya kerana kamu sakit, tapi bila sudah ajal, asbabnya trlalu banyak. Semoga sakit ini sebagai kifarah dosa ku... sakit, memang trlalu sakit ya Allah, dan jika kesembuhan terbaik buatku, maka sembuhkanlah. Aamiiin...

No comments:
Post a Comment