Sunday, 27 March 2011

Result SPM...

     23 Mac 2011... Tarikh keramat bg pelajar SPM 2010... Fuh!!! Getarannya menggegar dada... Hehee... Alhamdulillah saya lulus dan paling saya tak sangka saya boleh pula kredit semua subjek. Terutama sekali subjek add maths. Tak sangka btul kredit walaupun cuma dapat C. :)
     Apa pun tahniah kepada rakan2 seperjuangan saya yang lain kerana mendapat keputusan yg tidak kurang hebatnya terutama sekali buat Ag. Rezuan kerana telah memecahkan rekod sekolah dgn mendapat 10A... Tahniah, Wan!!!

Sunday, 20 March 2011

Bola Jaring Puteri UMNO

     Pada 10-13 Mac yang lalu berlangsungnya pertandingan Bola Jaring Puteri UMNO peringkat negeri Sabah... Ini lah antara ahli-ahli yang ikut. Saya pula ikut secara mengejut. Tapi nak tak nak, memang kena pergi jugalah.

     Pertandingan ini dirasmikan oleh Datuk Rosnah iaitu Ketua Puteri UMNO Malaysia (kalau salah, jangan marah)... Malam perasmian tu agak kecewa juga sebab tak dapat bergambar dengan Datuk Rosnah... Uhhuu... Kesiannya kami ni.. Dapat gambar dengan banner yang ada gambarnya saja. Tak apalah... Bolehlah daripada tak ada.
  
       Pada hari yang berikutnya pula kami tak ada perlawanan kerana lawan kami iaitu dari Batu Sapi tak datang. Jadi kami ni kira menang tanpa bertanding la... Alhamdulillah...
      Tapi pada hari sabtunya pula kami bertanding dengan pasukan daripada Labuan dan juga Kinabatangan.... Wah, tengoklah mata yang kami kumpil ketika berlawan dengan Puteri UMNO Labuan...
Hahaha... 22? Bukan, tapi 1 je. Itupun nasib telur tu pecah. Hehe... Tak apalah, yang penting dapat juga. Tapi masa lawan dengan Kinabatangan, telur tak pecah... Tak apa, yang pastinya dapat pengalaman dan sekurang-kurangnya hantar wakil.... =)

Thursday, 10 March 2011

Beli nombor pin maktab...

8 Mac yang lalu, saya serta 3 orang lagi rakan saya iaitu Mizah, Lizan dan Yani pergi ke Papar untuk membeli nombor PIN maktab. Fuhh! Penat juga nak berjalan dengan mereka ni. Hehehe... Tapi itulah namanya pengalaman. Nanti kalau masing-masing sambung belajar, entah dapat jumpa lagi atau tak...
     Apa-apa pun memang seronok banget dengan mereka. Walaupun cuma kami berempat, tetap meriah juga dengan gurauan mereka yang tak henti-henti. :) Lain kali harap-harap kami dapat berjalan bersama-sama lagi...InsyaAllah...Balik Bongawan pula kami naik keretapi yang baru... Wah, bestnyer... Selesa, tak macam dulu... Sejuk pula tu... Teringin pula nak naik lagi...Hehehe

Sunday, 6 March 2011

Baru nak Mula...

Saya baru je buka blog. Belum ada apa2 pengisian lagi. Insya-Allah tak lama lagi:)