Assalamualaikum…
Alhamdulillah…
sekarang berada di kampung tercinta. 1 sem sudah pun berlalu dan aku akui, aku
melalui 1 sem ini dengan penuh kebahagiaan. Seriously, aku tak pernah gelak dan
senyum seperti sekarang selepas pemergian mama. Tapi kawan-kawan kat UPSI
especially housemates aku, sentiasa buat aku tak kering gusi. Walau apa pun,
aku tak pernah sedetik pun melupakan mama… Tak pernah dan tak akan pernah.
Macam tu juga sahabat-sahabat aku, dan kawan-kawan sekolah serta kawan-kawan
kat matriks. Tak sedetik pun aku lupa… Cuma aku mahu kalian mengerti bahawa
langkah ku di UPSI adalah langkah ku yang baru. Di sini aku berkenalan semula
dengan erti senyum dan tawa setelah hubungan kami terputus lebih kurang 2 tahun
yang lalu. Alhamdulillah, mereka masih ingin mendampingi ku… (,-_-)
 |
| Inilah nombor rumah kami... 1-4-3 means I LOVE YOU... |
Entry kali ini ingin ku bercerita
khas mengenai housemates ku sahaja. Kenapa??? Sebab aku sudah mulai merindui
mereka. Sepanjang 1 sem, mereka sudah menjadi sebahagian dari aku. Dan aku
yakin, hubungan yang terjalin ni bukan setakat 1 sem je, tapi in shaa ALLAH
selamanya sebab aku dah rasa macam kami semua ni adik-beradik terutama sekali
kepada mereka yang selalu bersama aku dan sudi melayan karenah ku… hehehe…
Mereka buat aku rasa dihargai dan disayangi, itu yang membuatkan aku menangis
saat berpisah dengan mereka. Bukan aku sengaja, tapi aku memang sangat takut
dengan kehilangan dan perpisahan. Tapi kak Siew Ling kata, “Kenapa nak nangis?
Dia ada, cuma tak ada di depan mata sahaja.” =)
Pertama sekali nak cerita tentang
housemates kami yang paling tua, kakak di antara kakak. Umur dah 26 tahun.
Diberi nama NUR FITRIYAH… Kami semua panggil kak Fitri tak kira la kat rumah
atau pun dalam kelas, sebab memang dia
antara yang paling tua. Aku memang selalu pergi dan balik kelas dengan kak
Fitri. Sebab tu bila orang nampak aku sorang2 mesti tanya mana kak Fitri. Apa
ingat aku kembar siam dengan kak Fitri ke??? Hehehe… Tapi memang tak dinafikan
aku memang selalu dengan dia kalau dalam kelas. Beza pula kalau di rumah,dia asyik duduk kat dalam bilik je. Buka je pintu
bilik dia, mesti tengah study. Ni la ciri2 pelajar cemerlang… Aku pula kerja
main je kat rumah tu. Huhuhu…. Tapi harap2 pointer tetap bagus juga la…
Aamiiin… =>
 |
| This is kak Fitri... Bukan senang tau nak bergambar ngan dia... |
Yang ke-2 pula, diberi nama
FELLICYA… (Kak fel, betul ke saya eja ni??? Saya memang tak pass nak eja nama
kak fel. Hehehe… sory kalau silap…) Yang ni pula umur dia 22 tahun. Dah sem 4
dah n ambil course Reka Bentuk dan pembangunan permainan. Kiranya hebat dalam
komputer2 ni la… pointer dia pun dia kata 3.9 ke atas setiap sem. Perghhh…
Mantap kn??? Mana nak dapat student pandai macam kak fel ni. Untung betul
fakulti kak fel dapat pelajar pandai macam kak fel. Nak berguru dengan kak fel
tentang komputer ni memang tak sempat la sebab masing2 sibuk. Tapi aku memang
minat komputer sangat2. Lain kali kalau ada kesempatan lagi boleh la belajar
kn… huhuhu…
 |
| Bersama kak Feli dalam KTM... |
Seterusnya… Jeng, jeng, jeng… Kak
ANIS SYAHIRAH. <3… Haa, yang ni la antara yang aku sangat rapat kat sana dan
paling sedih aku nak lepaskan time dia balik hari tu… Sebab dia betul2 macam
kakak buat aku. Dulu mula2 dia masuk rumah tu aku ingat dia sombong tau. Cakap
dengan kami pun tak… Tapi bila dah kenal, subhanallah, indahnya ukhuwah ini…
Yang buat aku rindu dengan kak anis ni banyak sangat sebab aku banyak
meluangkan masa dengan dia kalau kat rumah. Dah tu dia selalu kejut aku kalau
subuh. Rindu sangat… Dalam dunia ni, setakat umur aku sekarang, selain mama
aku, kak anis la insan yang pandai kejut aku. Aku suka sangat cara dia kejut,
macam mama. Lembut je… Paling aku suka bila kak anis kejut sambil usap2 rambut
aku. Rasa disayangi… Sambil2 tunggu aku bangun, dia mengaji kat sebelah aku,
rindu sangat nak dengar suara dia mengaji… (,-_-) Kak anis rindu saya tak???
Em, kak anis la paling susah nak kata sayang kat orang. Dia kata, “Sayang tak
payah tunjuk.” Tapi kan kak anis, kita kena tunjuk dan bagitahu juga walau cuma
sekali, sebab kita tak tahu setakat mana umur kita kan… Saya tak nak menyesal
macam sebuah kisah benar di blog yang saya baru terbaca… Dia terpaksa suruh
kawan dia sampaikan yang dia sayang kawan dia yang tengah koma ni sebab selama
dia kenal, dia tak pernah ungkapkan sayang… So, kak Anis…. Saya sayang kak anis
kerana ALLAH… Terima kasih sebab selalu bersama saya, usap2 rambut saya, teman
saya main game, teman saya tidur bila saya tak ada roommate dan terima kasih
atas segalanya. Maaf sebab selalu merajuk dengan kak anis… hehehe… <3
 |
| Kak Anis sayang saya tak??? |
 |
| Kata-kata yg ku ambil dari 'peti simpanan' kak siew ling... Hehe |
Kakak saya yang seterusnya pula ialah
GOH SIEW LING… <3… Honestly, dia la yang selalu buat aku gelak
terbahak-bahak. Memang tak kering gusi kalau dengan kak siew ling ni. Ada je
lawak dia nak buat. Tapi kalau tak ada dia, mungkin aku tak mampu nak gelak
sakan kot. Bila dengan dia, aku rasa sangat dihargai dan aku tak pernah rasa
dihargai sepertimana dia menghargai aku. Kak Siew Ling beza dengan kak Anis
sebab kak Siew Ling akan tunjuk sayang dia… Dan kalau dia sayang, dia akan
sayang sangat2. Sebab tu bila dia tunjuk sayang dia, dia akan betul2 menghargai
orang tu. Kak Siew Ling ni Miss Live in the Moment, selagi berkesempatan dan
berpeluang, kenapa perlu tunggu hari esok kn… Aku banyak belajar tentang hidup
dengan dia, belajar menghargai waktu sekarang yang ada sebab esok belum tentu
milik kita. Rindu sangat kat dia sebab dia selalu peluk aku pagi2 kalau aku
belum bangun… hahaha… Dia selalu tidur kat bilik aku, luangkan masa dengan aku…
Rindu sangat… Baru2 ni time minggu exam, tiba2 dia rasa nak peluk aku, dia akan
peluk… Yang paling aku ingat dia kata, “Sayang sangat bah dengan tika. Nak
peluk…” hehehe… Nama aku kat fon dia pun, Tikah ku syg… Aku trkejut time nampak
nama tu sebab kononnya memang aku nak tambah sayang kat hujung nama tu. Tapi
aku pula yg terharu bila tgk sendiri nama aku mmg dia dah buat mcm tu :’)
Nampak tak macamana dia menghargai org? Macamana la aku tak syg kat dia…
huhuhu… Kak Siew Ling, tak ada dah orang nak peluk saya time tido… Tak ada dah
nak manja2 dengan saya, bercerita dengan saya, buat saya gelak… Sem depan tak tahu
lagi kan… Tapi saya memang rindui setiap detik kita bersama. Tolongla jangan
lupa saya… Hahaha… Lupa nak kutuk dia… Ingatan dia ni teruk sangat sampai
housemates dia yg lepas pun dia lupa nama. Apa la nasib aku agaknya ye??? Wait
n see je la… Huhuhu…
 |
| The best moment in my life... |
 |
Ni kunci bilik kami... 1-4-3 (4) means I LOVE YOU MORE... Sebab tu bilik kami popular... Penuh kasih syg... =P |
Next adalah adik aku@roommate aku…
AISYAH. Yg ni mmg agak nakal sikit… Mulut dia memang main lepas je, tapi itulah
dia. Dia tak hipokrit dan sebenarnya hati dia penuh dengan kasih sayang. Dia
jenis mudah terima seseorang dalam hidup dia dan mudah juga menyayangi. Hahaha…
Tapi dia sendiri akui yang hatinya keras. Nasib baik dia dapat roommate macam
aku yg boleh dikatakan sabar jugalah dengan karenah dia… Huhuhu… ;) Kenangan
yang paling aku takkan lupa, time kita org jalan kat KL dulu. Best sangat… Dia
mesti nak pegang tangan aku sebab aku slalu jalan kat belakang. Dia takut aku
tinggal la tu… Hahaha.. Walaupun kadang2 geram dengan dia, tapi aku still
sayang dia macam adik aku sendiri. Adik, tak ada dah nak tidoq sebelah kak, nak
bising2 time kak tengah tidoq, tarik dan usap rambut kak, nak peluk kak bila
adik happy… Em, tiba2 rasa rindu pula dengan semua tu. Tapi kak tau, kita sama2
dah cuba yang terbaik utk menjadi roommate yg terbaik kn… Lagipun bilik kita
kan popular di antara bilik2 yg lain…. Bilik kita ada aura kasih sayang yg
lebih dari bilik2 yg lain… huhuhu… Bukan perasan, tp kenyataan… =P
 |
| Sweet tak kami? Walaupun selalu gaduh... hahaha |
Lastly, FAHIRA… Dia yang paling
bongsu walaupun sama umur dengan Aisyah sebab dia muda 2 bulan dari Aisyah…
Kami semua panggil Fafa. Tapi mula2 dulu kak Siew Ling panggil dia Fifa. Lucu
betul la, nama senang2 pun tak boleh nak sebut. Kami satu kelas. Kadang2 kami
habiskan masa bersama dengan adik2 aku yang lain sementara tunggu kelas yg
seterusnya. Fafa suka sangat karaoke.. Hahaha… Time kat rumah pun kami selalu
nyanyi sama2. Lagu2 lama… Best sangat sampai kak Siew Ling jeles sebab kami
berduet, dia pula tak tahu lagu yang kami nyanyi tu. Huhuhu… Fafa ni sangat
mementingkan pintu tandas. Pintu dan lampu tandas mesti sentiasa tertutup.
Pantang betul dia kalau nampak pintu tu terbuka. Kak Anis selalu takut, kalau
dia terlupa mesti dia cepat2 tutup. =D Rindu la korang semua!!!
 |
| Comel tak kami??? Jgn jeles... =P |
Oh
ye, lupa pula… Hehehe… Ada lagi sorang housemate dulu, tapi dah pindah pi SPA.
Nama dia NUR SYAFIZA… Yg ni tak sempat nak rapat sangat. Mungkin klu dia still
bersama kami, pasti kami semua akan rapat. Apa boleh buat, jodoh untuk bersama
lebih lama tu tak ada. Tapi in shaa ALLAH klu terjumpa pun mesti masih kenal
punya. Bila2 ada masa, Fiza datang la lawat kami ye… =)
 |
| Makan beramai2 sebelum berpisah....
|
We have the GREAT time together…
Risau pula housemates sem depan macamana. Aku rasa cukup sempurna berada di
sisi mereka sepanjang 1 sem ni. Suka, duka, kami kongsi bersama… Gelak, tawa
merupakan perhiasan paling utama di rumah 1-4-3. Tak pernah dan tak akan aku
lupa setiap detik kita bersama. Masing2 dah macam adik-beradik. Tapi seriously,
bila pergi rumah2 yg lain, mereka tak macam kat rumah kami. Kami selalu
berkumpul bersama, berbual2 kat ruang tamu, pokoknya rumah kami jarang sangat
sunyi. =P Perghhh!!! Panjangnya aku taip… Fuhh, penat jg ye. Hahaha… Sampai
sini dulu ceritera hausemates aku. Doakan ukhuwah kami berpanjangan ye sebab
aku sayang sangat kat mereka semua… (,-_-) Thanks sebab buat saya ingat kembali
cara nak senyum dan ketawa melalui hati saya. Thanks girls… Gonna miss u all…
<3
 |
Hahaha... Keje gila di tengah2 malam.... ;-D
|
 |
Kakak2ku....
|
 |
| Kami memang suka bergambar... =P |
 |
| Kakak dan adikku... |
 |
| Sayang kakak dan adik2ku... Jgn lupa saya ye... :') |
 |
| Begitu sukarnya untuk aku mencipa kenangan... Namun begitu payah juga untuk aku melupakan... |
 |
LOVE U ALL... SEE U AGAIN NEXT SEM... I HOPE.....
|
P/S: Aku menyiapkan entry ini dengan ditemani lagu "Dengarlah Bintang Hatiku" dan "Just the Way You Are". Lagu "Dengarlah Bintang Hatiku" pernah menjadi teman tidurku bersama kak Siew Ling dan Adik Aisyah... Sweet sangat waktu tu... :') Untuk 'kamu', jangan nangis lagi kalau dengar lagu ni k. Klu nak nangis, tunggu la bila saya ada di sisi...