Tuesday, 6 May 2014

Pendaftaran Badal Haji Buat Mama

Assalamualaikum…


Alhamdulillah, hari ni 6 mei 2014, dengan sabarnya kami telah menunggu selama setahun untuk mendaftarkan mama badal haji, akhirnya terlaksana pada hari ini. Alhamdulillah, Alhamdulillah dan Alhamdulillah. Wlupun sebelum tibanya hari ini pelbagai halangan dan kekangan telah kami hadapi hinggakan ada terlintas niat utk menangguhkannya dahulu pd tahun depan, namun Allah itulah sebaik2 Penolong. Hanya Allah sajalah yang tahu bertapa gembiranya kami pada hari ini. Kekecewaan telah pun dirasai setahun yang lalu, dan Allah balas dengan kegembiraan yg berganda bilamana angka giliran yang kami terima td ialah nombor 1. Alhamdulillah :’)


Memang sejak kami bertolak dari rumah hati masing2 berdebar memikirkan sempat ke tak nak ambil nombor giliran yang terawal ni. Fikir, mesti dah ramai yang menunggu di tabung haji tersebut. Alhamdulillah, belajar dari pengalaman. Tahun lepas angka giliran kami 22, tapi yang sempat daftar kalau tak silap hanyalah 14 org sahaja. Memang sedih dan kecewa sgt tahun lepas hingga tak dapat menahan air mata dr terus mengalir. Waktu tu kami bertolak jam 7 lebih dr rumah, tp td kami bertolak jam 6 lebih. Huhuhuhu…. Pengalaman mengajar kita, kan? Hehe…

Lama juga kami tunggu tadi. Memang tahun ni terlalu ramai orang yang datang, lebih dari 100 org jika dibandingkan dgn tahun lepas. Memang bersyukur sangat sebab dapat nombor giliran 1. Mulanya pihak tabung haji mengedarkan borang pendaftaran. Mereka kata siapa yang dah siap isi boleh ambil nombor giliran, so memandangkan aku dan si kakak sulung ni memang menanti2kan saat ni, memang kami isi dengan secepat2nya, dengan perasaan berdebar yang cuma Allah saja yg tahu.  Bila ingat2 balik rasa lucu pula. Hahahaha… Aku tukang bagi semangat, “cepat, cepat, ada dah ni nombor giliran.” Si kakak pun ‘kapat-kapat’ menulis. Hahaha… Bila dah siap tulis, pergi ambil nombor giliran, memang gembira yang amat dan terharu bila tengok nombor tu. Kikiki…

Waktu mendaftar tu, aku yg tunggu di luar memang berdebar sangat. Lama sangat si kakak dlm tabung haji tu, rupa2nya komputer ada masalah. Aku berdebar di luar, si kakak lagilah berdebar di dalam bila menghadapi situasi tersebut. Bila je si kakak keluar, memang aku tersenyum lebar dan gembira sangat. Terharu pun ada… Hehehe… Tapi sebenarnya di sudut hati kami terselit juga rasa kasihan kepada mereka2 yg dtg yg mungkin tak sempat utk mendaftar. Ada yg jam 5.30 pg dah ada kat sana. Ada juga yg datang dr jauh. Memang terselit rasa simpati waktu tu andai kata mereka tak sempat utk mendaftar. Kakak kata waktu dia keluar dr tabung haji, mereka2 yg menunggu giliran mereka di luar tabung haji sempat berkata, “Syukur la, selesai sudah kamu.” :’( Sedih bila dengar. Sesungguhnya kami faham perasaan mereka saat itu. Berdebar seperti kami jg, wajah2 mereka penuh dgn harapan, dan aku pasti mrk akn kecewa seperti kami thn lpas andai kata tak sempat utk mendaftar. Kami faham… (,-_-)

Walau apa pun, kami buat ni utk mama. Memang kami tekad td klu trpaksa berebut ambil  angka giliran, rebut je lah. Tp awal2 dah pesan kat si kakak, jgn tolak2 org tua, kesian. Hehehe, nasib baik tiada unsur berebut td. Memang puji jugalah sistem Tabung Haji tu. :D In shaa Allah tahun ni akan terlaksanalah rukun Islam yg ke-5 buat mama. Biarpun mama sendiri tak sempat ke sana, tapi tak apa, alhamdulillah kami telah pun tunaikan hajat mama. Ma, inilah hadiah yg sangat bernilai dari kami bertiga buat mama. Biarpun apa yg kami lakukan ini belum cukup utk membalas jasamu, malah tak mungkin dapat dibalas, tapi inilah hadiah yg kami tahu mama sangat2 harapkan selama ni. Semoga haji ini diterima di sisiNya. Aamiiin ya Rabb…