Assalamualaikum...
Bulan ni rajin juga kan aku update entry. Well, sebelum sibuk memanjang, eloklah entry ini diperbaharui sebelum dibiarkan. Hahaha... Apa cer pula kali ni??? Huhuhu... Memandangkan FB sekarang ni dah ada feeling2, aku pun nak feeling2 jg la. I'm feeling excited and happy!!! =D Knp ek? Em, sebab aku dapat pergi I-City lagi. Kali ni bukan macam dulu tau, bergambar je. Kali ni aku pergi bermain2 dan enjoy2 kat situ. Bhahaha... Dengan sapa??? Jeng... Jeng... Jeng... Dengan my Kak Siew Ling la. <3
Kami pergi petang 21hb tu bersamaan dengan hari Jumaat. Pergi berdua je ni tau sebab roommate dia tak jadi ikut. Ok, fine. Aku on je. Kak Siew Ling kata macam nak pergi bulan madu pula. Hahaha... Nak buat macamana, semua yang diajak tak jadi nak ikut, last2 tinggal kami berdua je. Tak apa, dapat juga luangkan masa bersama kan sayang... Huhuhu... Part aku dengan kak Siew Ling ni la selalu orang salah faham. Ai, penat nak cakap. Aku dan dia
BFF,
BEST FRIENDS FOREVER. Takkan sebab profile wechat aku guna gambar dia dan profile wechat dia guna gambar aku dah boleh jadi apa2??? Kami memang ada apa2 pun, kami kawan ok. Lucu pula tau sampai kami pun tak berani nak upload gambar kami kat hotel, takut orang fikir bukan2. -_- Kak Siew Ling kata, rapat dengan lelaki salah, rapat dengan perempuan pun salah. Hahaha... Betul juga kan... ^_^


Lupakan tentang itu... Tak perlu fikir apa orang kata sebab itu cuma membuang masa aku untuk happy. Hehehe... Al-kisahnya, kami duduk Hotel I-City. Dekat je dengan kawasan untuk bermain tu. Hahaha... Hotel 3 bintang kot kami boleh dapat harga dalam RM69. Kira mewah jugalah tu. Selesa pula... =) Aktiviti pertama ingatkan nak main air kat water world. Tapi dah nak tutup pula time kami pergi sana. Nak tak nak, tak jadi masuklah petang tu. Lepas makan kami masuk kat Snow Walk. Wow! Wow! Wow!!! Best giler... Cantik dan sejuk sangat macam kat luar negara pula aku rasa. Hahaha... Bayaran masuk RM35, harga termasuk jaket. Lepas tu klu nak sewa kasut pun boleh RM10 je. Klu bawak kasut sendiri pun boleh je. Loker pula RM2. So klu total semua sekali, RM47. Klu bawak kasut sendiri mungkin boleh jimat RM10 dan klu nak bawa beg masuk dlm pun boleh, jimat RM2. Sebenarnya taklah mahal seperti yg diuar2kan kat internet tu. Ok je bayar RM35 dengan jaket sekali. Lepas tu kat dalam tu boleh buat mug gambar kita sendiri. Dan kami ada mug kami sendiri... Hahaha... Best!!!

 |
| Makan time. First time kot makan kenny rogers roaster (betul ke aku eja ni?hahaha) |
 |
Mug yang ada gambar kami. Jeles tak???
|
Nampak tak gambar2 tu? Best giler kan... Berbaloi la bayar klu best mcm ni. Hahaha... Lepas Snow Walk, kami jalan2 kat luar pula. I-City ni memang City of Digital Lights. Sebab tu sesuainya datang time malam. Kami keluar dari snow Walk mungkin dalam jam 8, so apa lagi, round2 and main2 time pula. Kat sini klu nak main, setiap permainan kena bayar RM5-RM10. Depends la, ada RM 5, ada juga RM10 dan ada juga RM20. Tp klu setakat nak jalan2 atau bergambar2, free of charge ok. Hahaha...
 |
| Pemandangan dari atas Faris Wheel. Yg ni nak naik RM10 seorang. |
 |
| Aku kat dalam Faris Wheel (xberani gerak, Hahaha) |
 |
| Yg ni pun kecut perut juga... Yg ni RM5 seorang. |
 |
| Hahaha... Aku tak berani nak buka mata time kapal ni naik ke atas. Takuttt.... |
 |
| Yg ni RM5 seorang... Aku tak naik sbb takut. hehehe |
 |
| Yg ni naik kereta kat landasan udara, keliling kawasan tu. RM20 satu kereta. |
Fuhh... Penatnya berjalan2. Dalam jam 12 kami balik semula ke hotel. Tapi jam 2 lebih baru tido sebab tengok TV lagi. Hahaha... Akibatnya, keesokan harinya kami terlepas makan breakfast free. Bhahaha... Masing2 bising sebab dah bangun brp kali tp asyik tangguh2 nak bangun (best sangat tido dengan aircond. Hahaha), lastly, terlepas la breakfast. So, sambung tido je la. =D Jam 12 kami checkout dan pergi ke Water World. Weeee....
 |
| Sebelum checkout, sempat lagi... |
Nak masuk Water World ni pula kena bayar RM40 seorang. Ni kalau weekend. Klu weekdays, RM20 je. Tapi berbeza pula klu kita tempah secara online. Boleh dapat harga serendah RM10. Tapi kena tempah 3 hari sebelum dtg. Ni sedikit info bagi yg teringin nak datang sini. So pengajarannya, tempah la awal2. Loker pula perlu bayar RM5 je. Tp klu ada yg sanggup tak nak main and tolong jaga barang kwn2, boleh je jimat RM5. Hahaha... Ada ke???
 |
| Jam yang perlu dipakai sebagai kunci loker... |
 |
| Sarapan lu sebelum main air... |
 |
| Kak Siew Ling dah start main dah. |
 |
| Ramai juga orang. |
 |
| Gambar ni spekulasi sikit. Hahaha... Aku pegang pelampung ok, bukan peluk dia. -_- |
 |
| Benda ni paling menakutkan. Mengalir air mata juga sebab takut sangat. =( |
 |
| Kalau boleh tak nak naik lagi!!! Datang utk mandi je lain kali. Hahaha... TORNADO, i'll remember u ok! |
 |
| Nak balik dah.... Bye. |
Gambar main air tak boleh banyak sangat. Simpanan sendiri je. Hahaha... Tp seriously, klu dtg lagi nak mandi je. Tak nak main Tornado segala tu. Takut sangat tau tak... Tak tergambar rasa takut aku saat tu. Aku rasa mcm dunia dah berakhir. Hahaha... Nampak tak kedahsyatannya??? Hehehe.... Tp demi yg tersayang, ku turuti juga. Nampak tak kak Siew Ling pengorbanan saya? Perghhh... Tp takut mcmana pun, ni la kenangan manis kita kn... Sy yakin dan pasti kak Siew Ling takkan lupakan sy. <3 Sayang kamu selalu. Terima kasih sayang sebab selalu ada untuk saya... Buat saya tersenyum dan tertawa, dan adakala buat saya sakit hati. Hahaha... Happy sangat2 sepanjang sehari semalam kita keluar bercuti. =)
 |
| Happy je dia kan dapat jalan =P |
 |
| Sekian ceritera ku kali ini. THE END. |