Monday, 1 December 2014

I just wanna share....................

Assalamualaikum...

Cuba teka aku kat mana? Hehehe.... Dah kat Tanjung Malim dah, kembali ke pangkuan Ibu Kandung Suluh Budiman. Rindu sangat kat kampung sekarang, rindu ank2 buah, rindu kwn2 kat kampung. Tahun depan baru dapat balik. :(

      Sekarang baru minggu ke-3 sesi pengkuliahan aku. Yg untungnya kuliah aku cuma 3 ari dlm seminggu. Kikikiki... (jgn jelessss) Tapi kena berdepan dgn ke'pack'an la ari selasa dn khamis. Tp rasanya utk bbrp minggu je kot sbb aku pack ni pun sbb lab banyak sgt. Dlm 5 subjek yg aku ambil, 4 subjek memerlukan aku masuk lab. Suka suka suka... tak juga ngantuk. Tapi sengsaranya bila kena buat report la. Huhuhu... Sabaq je la...

     Sem ni agak menarik dan tak bosan buat aku. Pertamanya sbb kami satu rumah semua satu kepala, mmg tak sunyi la dgn dorg ni smua. Keduanya sbb setiap hujung minggu je msti ada aktiviti yg kami lakukan. Aktiviti mngumpul mata mycat. Segala ceramah dhujung minggu pun kami sanggup pergi demi mycat tu. Ni la akibat bila last sem baru nak aktifkan diri. Padan muka kami. Huahahaha...

      Merepek? Yeah, I like merepek2 here. So when u read this one fine day, maybe when I'm not here anymore, u will remember me and u will smile when u read my 'merepek' story. HihihihI... I just wanna share my feeling, I just wanna share my happiness, I just wanna share my view of life, I just wanna share how I can change my life... I just wanna share........ That's all... SEKIAN... :)

Wednesday, 5 November 2014

Sakittt...

Assalamualaikum...

       Huh, dh hmpir sebulan duduk kat kampung ni. Minggu depan nak kena balik Tanjung Malim dah. Cepat sangat masa berlalu. Seperti mana cepatnya masa berlalu, seperti itulah semakin hampirnya ajal kita. Allahuakhbar. Tiba2 terasa sgt takut dn gerun...

       Baru2 ni nenek sedara aku meninggal. Nenek ni adik beradik dgn nenek sebenar aku. Lepas tu atuk sedara pun sakit kat hospital. Yg ni pun adik beradik ngan nenek sebenar aku juga. Tapi kami semua rapat, terutama ngan nenek ni. Bila jmpa aku je msti slalu cium dahi ku. Tapi wktu kami lawat dia di hospital, aku yg cium dahi arwah. Dia tak dpt cium dahi aku dah. Shari slps mlwat arwah, pg2 dkejutkan berita arwah dah tak ada. Sebak rasa ati...
       Lepas dpt berita tu kmi bergegas ke rumah arwah sbb nk bersihkan rumah tu sblm jenazah smpai ke rmh. Wktu smpai sana, suami arwah je yg ada. Dia kata nenek tak ada, kat hospital. Allahu, atuk ni tak tahu rupanya. Terus mak cik aku smpaikn berita tu dn atuk menangis, meraung... sebaknya aku waktu tu. Atuk kata dia yg menderita lepas ni (,-_-) atuk ingt dia yg akn pergi dulu. Dia siap beli kain kapan utk dirinya sndiri, tp xsgka nenek yg pergi dulu. Sapa la yg tak sebak... lebih2 lg aku sndiri prnah mngalaminya.
      Saat menerima berita kematian... terasa lemah seluruh tubuh, terasa gelapnya dunia. Sampai skrg aku takkan pernah lupa shinggakn aku trauma, takut sgt klu terima panggilan dari kampung. Huhuhu... mcm tu skali kn. That day... how could I forget that day? I'll Never forget..... the first person that i hug just because i'm too weak that time, thank you dear... u know who u are :)
       Ah, dah brtahun2 berlalu. Cepat sgtt.... luka yg dirasa semakin lama semakin sembuh. Alhamdulillah, nikmat Allah yg mana yg hendak kamu dustakan... :) berhiduplah selagi kamu masih bernafas. Mati bukan hanya kerana kamu sakit, tapi bila sudah ajal, asbabnya trlalu banyak. Semoga sakit ini sebagai kifarah dosa ku... sakit, memang trlalu sakit ya Allah, dan jika kesembuhan terbaik buatku, maka sembuhkanlah. Aamiiin...



Friday, 26 September 2014

My Soulmate

Assalamualaikum...

     This week is our study week... So tired o... tapi tak apala, nak balik dah. Semangat sikit Tika, semangat!!! Hehehe...

     Just now, I had some conversation with my soul mate. I don't know why today she feel so touching2. Huhuhu... But, as usual, I will be someone that will make she smiling again. Hahahaha... Ngeee... Tiba2 dia cakap pasal mati pula, dah la dia bukan jenis mcm tu. Mungkin sbb ayah angkat dia baru je meninggal, tu la dia terfikir tu. And I wonder pula klu aku mati dulu dia nangis ke tak... Hahaha...

Inilah jawapan dia. Terharu pula.. Hehehe :')
     Time dia datang Sabah dulu aku lega sangat2 sebab dia dah jumpa kakak2 aku. So, kakak2 aku dah kenal dia dan dia dah kenal kakak2 aku. Klu jadi apa2 pada aku, aku tau yg kakak2 aku mesti inform kat dia punya la. Mereka pun tau macamana rapatnya kami. Macam tu juga dengan family dia. Setakat ni semua family dia dah tau tentang aku termasuklah abang dia. Hahaha... Ingatkan abang dia satu2nya org yg tak tahu tentang aku, sekali abg dia la yg dulu aku jumpa. Huhuhu...

     Yg tak pernah jumpa lagi mak dia dan dua org kakak dia. Tp dah pernah sembang telefon dah. Semua suka kat aku kot termasuk abg ipar dia. Hahahaha.... (ketawa bangga) Aku pun tak tahu apa yg Siew Ling citer smpaikan kwn sebilik dan sekerja dia pun nak jumpa aku. Tapi Siew Fang pernah terus terang, dia kata klu Cina memang tak berapa sgt dgn Melayu. Mereka kiranya tak pandang la Melayu ni sbb tau2 la Cina kn lebih maju dari Melayu. Tp dia kata klu dgn aku lain sebab Siew Ling dah naikkan nama aku depan family dia. Dan sampai sekarang aku tertanya2, dia ckp apa sbnrnya. Tp selalu terlupa nak bertanya. Hehehe...

     Tapi...... aku tak harap pun family dia pandang aku lain dari yg lain, aku cuma harap apa pun jadi biar kami kawan sampai bila2. Klu apa2 jd kat aku, harap family aku bgtau dia dan klu apa2 jd kat dia aku tau family dia pasti akan bgtau aku, In shaa Allah.

     Huh... Tak tahu kenapa tiba2 nak citer pasal dia pula kat sini. Mungkin rindu, mungkin sedih, mungkin simpati, dan paling penting mungkin kerana sayang... Hehehe... Panjang la pula. Kuikuikui... K la, tak nak org menyampah. Hehehe... Wassalam.


You are the best thing that happened in my life...
Ayah, abang dan adik dia yang aku jumpa buat pertama kali. Hehe


Thursday, 18 September 2014

Header saya transparent la... Hehehe

Assalamualaikum...

     Hehehehehehehehe... Tersengih jap. Header dah tukar!!! Transparent pla tu. Fuhhh... Pnat jg nak mnyiapkan header yg tak seberapa ni. Budak baru belajar la katakan... Ngeee...

     Sapa nak minta buat angkat tangan.... Aku boleh buat, tapi bayarla... Bayar dengan harga kasih sayang je dah cukup. :) Hahahaha....

     Sebenarnya kn, sebenarnya.... banyak aku nak taip ni, tp budak2 kat luar tengah masak, tak sedap pula klu aku duduk bilik. Tak sedap sbb tak ikut makan skali. Wkakakaka...  Nak pi makan pancake ni. Jgn jeles.... :P

Nah, belanja gambar yg aku edit satu.
Happy Graduation, soulmate...
Be patient, Be happy k...
Love u!!!

Tuesday, 19 August 2014

Adakah aku akan menangis?

Assalamualaikum...

    Ngeeeee... Tersengih jap. Memang aku suka biarkan blog berhabuk kn? Aishhh, maaflah, aku memang sibuk dengan pelbagai assignment, kuiz dan test. Dalam 2 minggu ni saja akan ada 3 test yang menanti. Allahu... Semoga aku sabar melalui minggu2 yang sibuk ni. But first, smile :)

    My friend asked me last night, she said, "Kak Tika nangis ka klu kita dah abis belajar nanti, time kita berpisah?" Tahu apa aku jwb??? Hehehe... Aku kata, "Mustahil la..." Wkakaka... Scra spontan jwpn tu trkeluar. Motif aku nak nangis kan. Siap ada yg kata lg, "Knp? Air mata kak Tika dah kering ke?" Hahahaha... Lucu sangat mereka2 ni. ;P Wahai adik2ku, kat sini biar kak Tika jwb eh, bukan tak sedih berpisah dengan korang, bukan tak sayang kat korang, tp korang kn tetap ada, cuma tiada di depan mata. So, kenapa perlu menangis sbb kak pasti kita still akan contact jg. Kak percaya tu... Dan kak sangat penat untuk menangis dah, cukuplah selama ni kak menangis, cukuplah... :)

     Bohonglah klu aku kata aku dah stop dari menangis... Kadang kala perasaan sebak tiba2 dtg, aku tetap akan menangis. Cuma bezanya sekarang memang aku sangat jarang menangis... My life now full with laughter, happiness and love, so why should I cry for something that is only temporary? It's hurt, you know... Very very hurt when you have to cry. So, I decided to try my very best to minimize my "tangisan"... huhuhu... Selayaknya, tangisan seorang hamba adalah untuk didengari Tuhannya. Allah ada, bila rasa sedih menangislah di hadapanNYA... Tp pastikan slps menangis, kita jadi kuat semula. Biarlah kita nampak kuat di mata manusia, biarkan hakikatnya hanya Allah yg tahu...

Wassalam...

Thursday, 12 June 2014

Semester baru......

Assalamualaikum...

     Sekali lg, dah lama tak update blog ni. Alahai, kesiannya ko blog dpt tuan mcm aku ni. Apa pn, sempat la jg ari ni nak update. :-)

     Sekarang aku kat UPSI dah... Baru first week bah, enjoy2 bah dulu. Hahaha.... esok memang rancang nak pi Pulau Pinang... Yipi, akhirnya in shaa Allah hajat akn trcapai B-) Esok maybe pergi dgn my BFF, kak Siew Ling, Adik Aisyah, Liza dn maybe kwn adik jg. Aduh, xsabar la pula. Dah lama tak hang out ramai2 mcm ni. Biasa berdua je kn... Huhuhu...

     Malas nak taip panjang2 sebenarnya. Time kat kmpung ari tu ingat nak update pasal percutian kat sabah. Tp memang line di kampung sgt 'baik' kan, so malas la nak update. Kuikuikui...

     Nanti ada masa aku update lagi la. Agak mengantuk skrg ni. Hahahaha...... lgpun ada someone jg kat sini kn. Hehehe... kena layan org yg ada di depan mata dlu. Nanti dia balik rindu pla, payah aku nak mngubat rindu nanti. Kikiki...

Tuesday, 6 May 2014

Pendaftaran Badal Haji Buat Mama

Assalamualaikum…


Alhamdulillah, hari ni 6 mei 2014, dengan sabarnya kami telah menunggu selama setahun untuk mendaftarkan mama badal haji, akhirnya terlaksana pada hari ini. Alhamdulillah, Alhamdulillah dan Alhamdulillah. Wlupun sebelum tibanya hari ini pelbagai halangan dan kekangan telah kami hadapi hinggakan ada terlintas niat utk menangguhkannya dahulu pd tahun depan, namun Allah itulah sebaik2 Penolong. Hanya Allah sajalah yang tahu bertapa gembiranya kami pada hari ini. Kekecewaan telah pun dirasai setahun yang lalu, dan Allah balas dengan kegembiraan yg berganda bilamana angka giliran yang kami terima td ialah nombor 1. Alhamdulillah :’)


Memang sejak kami bertolak dari rumah hati masing2 berdebar memikirkan sempat ke tak nak ambil nombor giliran yang terawal ni. Fikir, mesti dah ramai yang menunggu di tabung haji tersebut. Alhamdulillah, belajar dari pengalaman. Tahun lepas angka giliran kami 22, tapi yang sempat daftar kalau tak silap hanyalah 14 org sahaja. Memang sedih dan kecewa sgt tahun lepas hingga tak dapat menahan air mata dr terus mengalir. Waktu tu kami bertolak jam 7 lebih dr rumah, tp td kami bertolak jam 6 lebih. Huhuhuhu…. Pengalaman mengajar kita, kan? Hehe…

Lama juga kami tunggu tadi. Memang tahun ni terlalu ramai orang yang datang, lebih dari 100 org jika dibandingkan dgn tahun lepas. Memang bersyukur sangat sebab dapat nombor giliran 1. Mulanya pihak tabung haji mengedarkan borang pendaftaran. Mereka kata siapa yang dah siap isi boleh ambil nombor giliran, so memandangkan aku dan si kakak sulung ni memang menanti2kan saat ni, memang kami isi dengan secepat2nya, dengan perasaan berdebar yang cuma Allah saja yg tahu.  Bila ingat2 balik rasa lucu pula. Hahahaha… Aku tukang bagi semangat, “cepat, cepat, ada dah ni nombor giliran.” Si kakak pun ‘kapat-kapat’ menulis. Hahaha… Bila dah siap tulis, pergi ambil nombor giliran, memang gembira yang amat dan terharu bila tengok nombor tu. Kikiki…

Waktu mendaftar tu, aku yg tunggu di luar memang berdebar sangat. Lama sangat si kakak dlm tabung haji tu, rupa2nya komputer ada masalah. Aku berdebar di luar, si kakak lagilah berdebar di dalam bila menghadapi situasi tersebut. Bila je si kakak keluar, memang aku tersenyum lebar dan gembira sangat. Terharu pun ada… Hehehe… Tapi sebenarnya di sudut hati kami terselit juga rasa kasihan kepada mereka2 yg dtg yg mungkin tak sempat utk mendaftar. Ada yg jam 5.30 pg dah ada kat sana. Ada juga yg datang dr jauh. Memang terselit rasa simpati waktu tu andai kata mereka tak sempat utk mendaftar. Kakak kata waktu dia keluar dr tabung haji, mereka2 yg menunggu giliran mereka di luar tabung haji sempat berkata, “Syukur la, selesai sudah kamu.” :’( Sedih bila dengar. Sesungguhnya kami faham perasaan mereka saat itu. Berdebar seperti kami jg, wajah2 mereka penuh dgn harapan, dan aku pasti mrk akn kecewa seperti kami thn lpas andai kata tak sempat utk mendaftar. Kami faham… (,-_-)

Walau apa pun, kami buat ni utk mama. Memang kami tekad td klu trpaksa berebut ambil  angka giliran, rebut je lah. Tp awal2 dah pesan kat si kakak, jgn tolak2 org tua, kesian. Hehehe, nasib baik tiada unsur berebut td. Memang puji jugalah sistem Tabung Haji tu. :D In shaa Allah tahun ni akan terlaksanalah rukun Islam yg ke-5 buat mama. Biarpun mama sendiri tak sempat ke sana, tapi tak apa, alhamdulillah kami telah pun tunaikan hajat mama. Ma, inilah hadiah yg sangat bernilai dari kami bertiga buat mama. Biarpun apa yg kami lakukan ini belum cukup utk membalas jasamu, malah tak mungkin dapat dibalas, tapi inilah hadiah yg kami tahu mama sangat2 harapkan selama ni. Semoga haji ini diterima di sisiNya. Aamiiin ya Rabb…

Friday, 25 April 2014

Blog berwajah baru

Assalamualaikum…

Tadaa… Blog berwajah baru. Hehehe… Saja nak ubah angin. Kalau ikut, URL pun aku nak tukar, tp nanti aku juga yg susah nak kena bagitahu kat orang lain kn… so biar je la =) Hahaha…

Rajin la pula kan nak update bagai. Saja je sebab alang2 nak tukar wajah blog ni, so apa kata kita update entry baru pula. Hehehe… Tapi, nak citer apa erk??? Blur dah dtg pula… Aiyo… Hahaha…

Ok, let me explain why I choose this template. Because of the name of this template, OUTSIDE OUR WINDOW… Aku ingin keluar melihat dunia, aku ingin menjelajah ke serata tempat, aku ingin melihat lebih dari apa yang aku lihat sekarang. ‘I don’t want to just see from my window, I want to feel it myself, I want to live every moment…’ =) Tajuk blog pun dah tukar, Live every moment, Love every day. Aku tukar sebab aku rasa cerita2 dlm blog aku lebih sesuai dgn tajuk seperti ini. So, apa salahnya tukar angin. “Aku yg dulu bukanlah yg sekarang..” (baca sambil nyanyi) Hehehe… Anyeong... Nanti aku update lagi, penat me'repair' blog ni. Kikiki...


Thursday, 24 April 2014

Blur -_-

Assalamualaikum...

Errrr... sebenarnya blur ni, tak tahu nak taip apa kat sini. Ni pun sebab dah 2 bulan lebih rasanya blog ni terbiar. Hehehe... Kesian ko blog dapat tuan mcam aku ni. Kikiki... Apa pun, beta nak khabo ni, beta tgh cuti 2 bulan!!! Tp... sebulan telah pun berlalu. Apakahhhh, terasa cepatnya. Dulu time kira hari nak exam bkn main lama lg sebulan tu. -_- blur again... puhahaha...

Baru2 ni ada sahabat balik kampung, (my dear Mila... hahaha) so ada la juga aktiviti pi kluar jumpa, pi dating kat pantai (erk... hehehe), pi Papar juga. Skrg... duduk rumah je la keje. Really miss her. Skrg tunggu si kwn sorg tu pula balik kampung, mungkin ari ni kot, sapa lg klu bkn my dear Nonoy. Hehehe... Cepat la balik noy, aku boring tahap gaban dah ni. :(

Oh ye, lupa pula nak bgtau, my dear soulmate, Siew Ling akan datang ke Sabah hujung bulan mei ni. Oh, sungguh aku tidak sabar. 4 bulan dah tak ketemu. Memang rindu la... Tapi memandangkan selalu calling, so tak terasa jauh sangat =) Nak doa masa cepat berlalu, rasa tak kena pula sbb itu maknanya masa cuti juga akan cepat berlalu. Hurmmm, sabar je la. Masa tetap berjalan mngikut waktunya. Hehehe... Kak Siew Ling syg, I'm waiting for u k...

Ok fine, my network data dah abis dah. Kuikuikui... nanti la lain kali aku update. hehehe... (nampak sgt ke'blur'an aku) Hahahaha.... Kbye.

P/S: 
Sebuah buku yang kurang istimewa untuk dia yang teristimewa,
Sebuah cetusan rasa buat dia yang merasa,
Sebuah ungkapan sayang buat dia yang tersayang,
Sebuah kenangan untuk dia yang sentiasa dalam ingatan...

Sincerely,
Your Chakiyaa =)

Sunday, 2 February 2014

Kesibukan Dunia Pelajar - Forget it

Assalamualaikum...

     Alhamdulillah berada di kampung yang tercinta. Cuti 2 minggu je, terpaksa balik atas sebab2 tertentu. Apa pun, tahniah my aunty, Jaliah Hj. Saili atas pertunangan beliau kelmarin bersama pak cik aku jg, Ayub bin ag Ismail. Happy sangat kelmarin sbb almost ahli keluarga berkumpul, lebih2 lg dgn kenakalan pak cik2 dan babu2 aku, mmg riuh rumah dbuatnya. Aku yg mendengar ni pun, boleh gelak sorg2. =)

    Hari khamis nak kena balik Tanjung Malim dah. Aiyo, xnak balik boleh x??? Hurmmm, sdih nak tinggalkn kg, sedih sbb nak kena lalui kesibukan dunia pelajar utk 2 bulan yg akn dtg. Aku balik2 ni je, ada test yg menanti, juga dgn assignment yg masih belum siap dan segala report yg tgh menunggu. Ah, nampak tak bertapa busynya I skrg ni. Kikiki...

     But.... Forget it, tak payah stress2 la. Semua tu akan berakhir juga. Cuma mcmana nak melaluinya sblm ianya berakhir, terpulang pd diri kita sndiri. In shaa Allah, aku kuat... In shaa Allah, aku boleh =) Yakin...

     Baru2 ni keluar dgn sahabat2 ku pergi KK tgk wayang, Lone Survivor. Memang best... Nak letak gmbar, terasa malas pula nak menggodek2 kamera. In shaa Allah lain kali eh... huhuhu.... Dah lama tak berkumpul bertujuh. Mesti selalu klu keluar ada je yg kurang. Rindu... <3 Masing2 dah sibuk skrg, masing2 ada hala tuju masing2, sbb tu jarang dpt jumpa. Tp tak apa, doa itu pengikat kasih syg kita... =)

    Hari jumaat baru ni keluar pergi pantai dgn BFF. Dah lama sebenarnya tak pergi pantai. Nasib baik ada yg sudi teman... Thanks buat 'kamu'... Hehehe... Antara teman yg paling rapat dgn aku, klu dibandingkan dgn teman yg lain. If i can walk alone with her, it's mean that i'm very comfortable with her... If i'm always make excuses to going out with her, that's mean i'm not comfortable to be with her. Hehehe... And she....... usually, we both spent a lot of time alone. Tak kisah pun klu nak pergi mana2 berdua je. Tp klu ramai lg bagus... Cuma point yg aku nak ckp kat sini, faham2 sendiri la... kuikuikui... Just want to thanks her. Aku tau, saat aku menangis di hadapan mu, kau juga turut menangis di belakang ku. I'm glad to have u in my precious life. Now, i hope we can laugh together, till we meet again in Jannah, in shaa Allah... :') Words fall short whenever I want to tell her. Funny? Yeah, maybe it's funny... Tapi, ada ku kisah!!! Kakakaka...

    Ini la aku skrg, kerja nak gelak je. Alhamdulillah... Sedikit demi sedikit aku berubah. Lebih positif, banyak ketawa, kurang marah, jarang menangis dan masih tetap kurang bercakap. Hehehe... Aku tak suka bercakap, tp aku suka mendengar, sbb tu kwn baik aku merupakan seorang yg suka bercakap. Perbezaan itu penting... (pandai2 je kn buat falsafah sndiri) Tapi, ada ku kisah!!! Huahahaha....

     Aku sbnrnya tak tahu apa yg aku merepek ni. Actually, aku sekadar nak mengisi blog yg entah la dah brp lama tak terusik sbb aku tau, balik TM nanti confirm nak buka pun xsempat. In shaa Allah time cuti sem nanti aku akan taip lg. Utk kali ni, mmg ini la yg terakhir. 2 bulan akn dtg, aku akan mengaktifkn diri ku =D
See u later... Good night, sleep tight... Anyeong!!!

Wassalam.