Friday, 26 September 2014

My Soulmate

Assalamualaikum...

     This week is our study week... So tired o... tapi tak apala, nak balik dah. Semangat sikit Tika, semangat!!! Hehehe...

     Just now, I had some conversation with my soul mate. I don't know why today she feel so touching2. Huhuhu... But, as usual, I will be someone that will make she smiling again. Hahahaha... Ngeee... Tiba2 dia cakap pasal mati pula, dah la dia bukan jenis mcm tu. Mungkin sbb ayah angkat dia baru je meninggal, tu la dia terfikir tu. And I wonder pula klu aku mati dulu dia nangis ke tak... Hahaha...

Inilah jawapan dia. Terharu pula.. Hehehe :')
     Time dia datang Sabah dulu aku lega sangat2 sebab dia dah jumpa kakak2 aku. So, kakak2 aku dah kenal dia dan dia dah kenal kakak2 aku. Klu jadi apa2 pada aku, aku tau yg kakak2 aku mesti inform kat dia punya la. Mereka pun tau macamana rapatnya kami. Macam tu juga dengan family dia. Setakat ni semua family dia dah tau tentang aku termasuklah abang dia. Hahaha... Ingatkan abang dia satu2nya org yg tak tahu tentang aku, sekali abg dia la yg dulu aku jumpa. Huhuhu...

     Yg tak pernah jumpa lagi mak dia dan dua org kakak dia. Tp dah pernah sembang telefon dah. Semua suka kat aku kot termasuk abg ipar dia. Hahahaha.... (ketawa bangga) Aku pun tak tahu apa yg Siew Ling citer smpaikan kwn sebilik dan sekerja dia pun nak jumpa aku. Tapi Siew Fang pernah terus terang, dia kata klu Cina memang tak berapa sgt dgn Melayu. Mereka kiranya tak pandang la Melayu ni sbb tau2 la Cina kn lebih maju dari Melayu. Tp dia kata klu dgn aku lain sebab Siew Ling dah naikkan nama aku depan family dia. Dan sampai sekarang aku tertanya2, dia ckp apa sbnrnya. Tp selalu terlupa nak bertanya. Hehehe...

     Tapi...... aku tak harap pun family dia pandang aku lain dari yg lain, aku cuma harap apa pun jadi biar kami kawan sampai bila2. Klu apa2 jd kat aku, harap family aku bgtau dia dan klu apa2 jd kat dia aku tau family dia pasti akan bgtau aku, In shaa Allah.

     Huh... Tak tahu kenapa tiba2 nak citer pasal dia pula kat sini. Mungkin rindu, mungkin sedih, mungkin simpati, dan paling penting mungkin kerana sayang... Hehehe... Panjang la pula. Kuikuikui... K la, tak nak org menyampah. Hehehe... Wassalam.


You are the best thing that happened in my life...
Ayah, abang dan adik dia yang aku jumpa buat pertama kali. Hehe


Thursday, 18 September 2014

Header saya transparent la... Hehehe

Assalamualaikum...

     Hehehehehehehehe... Tersengih jap. Header dah tukar!!! Transparent pla tu. Fuhhh... Pnat jg nak mnyiapkan header yg tak seberapa ni. Budak baru belajar la katakan... Ngeee...

     Sapa nak minta buat angkat tangan.... Aku boleh buat, tapi bayarla... Bayar dengan harga kasih sayang je dah cukup. :) Hahahaha....

     Sebenarnya kn, sebenarnya.... banyak aku nak taip ni, tp budak2 kat luar tengah masak, tak sedap pula klu aku duduk bilik. Tak sedap sbb tak ikut makan skali. Wkakakaka...  Nak pi makan pancake ni. Jgn jeles.... :P

Nah, belanja gambar yg aku edit satu.
Happy Graduation, soulmate...
Be patient, Be happy k...
Love u!!!

Tuesday, 19 August 2014

Adakah aku akan menangis?

Assalamualaikum...

    Ngeeeee... Tersengih jap. Memang aku suka biarkan blog berhabuk kn? Aishhh, maaflah, aku memang sibuk dengan pelbagai assignment, kuiz dan test. Dalam 2 minggu ni saja akan ada 3 test yang menanti. Allahu... Semoga aku sabar melalui minggu2 yang sibuk ni. But first, smile :)

    My friend asked me last night, she said, "Kak Tika nangis ka klu kita dah abis belajar nanti, time kita berpisah?" Tahu apa aku jwb??? Hehehe... Aku kata, "Mustahil la..." Wkakaka... Scra spontan jwpn tu trkeluar. Motif aku nak nangis kan. Siap ada yg kata lg, "Knp? Air mata kak Tika dah kering ke?" Hahahaha... Lucu sangat mereka2 ni. ;P Wahai adik2ku, kat sini biar kak Tika jwb eh, bukan tak sedih berpisah dengan korang, bukan tak sayang kat korang, tp korang kn tetap ada, cuma tiada di depan mata. So, kenapa perlu menangis sbb kak pasti kita still akan contact jg. Kak percaya tu... Dan kak sangat penat untuk menangis dah, cukuplah selama ni kak menangis, cukuplah... :)

     Bohonglah klu aku kata aku dah stop dari menangis... Kadang kala perasaan sebak tiba2 dtg, aku tetap akan menangis. Cuma bezanya sekarang memang aku sangat jarang menangis... My life now full with laughter, happiness and love, so why should I cry for something that is only temporary? It's hurt, you know... Very very hurt when you have to cry. So, I decided to try my very best to minimize my "tangisan"... huhuhu... Selayaknya, tangisan seorang hamba adalah untuk didengari Tuhannya. Allah ada, bila rasa sedih menangislah di hadapanNYA... Tp pastikan slps menangis, kita jadi kuat semula. Biarlah kita nampak kuat di mata manusia, biarkan hakikatnya hanya Allah yg tahu...

Wassalam...

Thursday, 12 June 2014

Semester baru......

Assalamualaikum...

     Sekali lg, dah lama tak update blog ni. Alahai, kesiannya ko blog dpt tuan mcm aku ni. Apa pn, sempat la jg ari ni nak update. :-)

     Sekarang aku kat UPSI dah... Baru first week bah, enjoy2 bah dulu. Hahaha.... esok memang rancang nak pi Pulau Pinang... Yipi, akhirnya in shaa Allah hajat akn trcapai B-) Esok maybe pergi dgn my BFF, kak Siew Ling, Adik Aisyah, Liza dn maybe kwn adik jg. Aduh, xsabar la pula. Dah lama tak hang out ramai2 mcm ni. Biasa berdua je kn... Huhuhu...

     Malas nak taip panjang2 sebenarnya. Time kat kmpung ari tu ingat nak update pasal percutian kat sabah. Tp memang line di kampung sgt 'baik' kan, so malas la nak update. Kuikuikui...

     Nanti ada masa aku update lagi la. Agak mengantuk skrg ni. Hahahaha...... lgpun ada someone jg kat sini kn. Hehehe... kena layan org yg ada di depan mata dlu. Nanti dia balik rindu pla, payah aku nak mngubat rindu nanti. Kikiki...

Tuesday, 6 May 2014

Pendaftaran Badal Haji Buat Mama

Assalamualaikum…


Alhamdulillah, hari ni 6 mei 2014, dengan sabarnya kami telah menunggu selama setahun untuk mendaftarkan mama badal haji, akhirnya terlaksana pada hari ini. Alhamdulillah, Alhamdulillah dan Alhamdulillah. Wlupun sebelum tibanya hari ini pelbagai halangan dan kekangan telah kami hadapi hinggakan ada terlintas niat utk menangguhkannya dahulu pd tahun depan, namun Allah itulah sebaik2 Penolong. Hanya Allah sajalah yang tahu bertapa gembiranya kami pada hari ini. Kekecewaan telah pun dirasai setahun yang lalu, dan Allah balas dengan kegembiraan yg berganda bilamana angka giliran yang kami terima td ialah nombor 1. Alhamdulillah :’)


Memang sejak kami bertolak dari rumah hati masing2 berdebar memikirkan sempat ke tak nak ambil nombor giliran yang terawal ni. Fikir, mesti dah ramai yang menunggu di tabung haji tersebut. Alhamdulillah, belajar dari pengalaman. Tahun lepas angka giliran kami 22, tapi yang sempat daftar kalau tak silap hanyalah 14 org sahaja. Memang sedih dan kecewa sgt tahun lepas hingga tak dapat menahan air mata dr terus mengalir. Waktu tu kami bertolak jam 7 lebih dr rumah, tp td kami bertolak jam 6 lebih. Huhuhuhu…. Pengalaman mengajar kita, kan? Hehe…

Lama juga kami tunggu tadi. Memang tahun ni terlalu ramai orang yang datang, lebih dari 100 org jika dibandingkan dgn tahun lepas. Memang bersyukur sangat sebab dapat nombor giliran 1. Mulanya pihak tabung haji mengedarkan borang pendaftaran. Mereka kata siapa yang dah siap isi boleh ambil nombor giliran, so memandangkan aku dan si kakak sulung ni memang menanti2kan saat ni, memang kami isi dengan secepat2nya, dengan perasaan berdebar yang cuma Allah saja yg tahu.  Bila ingat2 balik rasa lucu pula. Hahahaha… Aku tukang bagi semangat, “cepat, cepat, ada dah ni nombor giliran.” Si kakak pun ‘kapat-kapat’ menulis. Hahaha… Bila dah siap tulis, pergi ambil nombor giliran, memang gembira yang amat dan terharu bila tengok nombor tu. Kikiki…

Waktu mendaftar tu, aku yg tunggu di luar memang berdebar sangat. Lama sangat si kakak dlm tabung haji tu, rupa2nya komputer ada masalah. Aku berdebar di luar, si kakak lagilah berdebar di dalam bila menghadapi situasi tersebut. Bila je si kakak keluar, memang aku tersenyum lebar dan gembira sangat. Terharu pun ada… Hehehe… Tapi sebenarnya di sudut hati kami terselit juga rasa kasihan kepada mereka2 yg dtg yg mungkin tak sempat utk mendaftar. Ada yg jam 5.30 pg dah ada kat sana. Ada juga yg datang dr jauh. Memang terselit rasa simpati waktu tu andai kata mereka tak sempat utk mendaftar. Kakak kata waktu dia keluar dr tabung haji, mereka2 yg menunggu giliran mereka di luar tabung haji sempat berkata, “Syukur la, selesai sudah kamu.” :’( Sedih bila dengar. Sesungguhnya kami faham perasaan mereka saat itu. Berdebar seperti kami jg, wajah2 mereka penuh dgn harapan, dan aku pasti mrk akn kecewa seperti kami thn lpas andai kata tak sempat utk mendaftar. Kami faham… (,-_-)

Walau apa pun, kami buat ni utk mama. Memang kami tekad td klu trpaksa berebut ambil  angka giliran, rebut je lah. Tp awal2 dah pesan kat si kakak, jgn tolak2 org tua, kesian. Hehehe, nasib baik tiada unsur berebut td. Memang puji jugalah sistem Tabung Haji tu. :D In shaa Allah tahun ni akan terlaksanalah rukun Islam yg ke-5 buat mama. Biarpun mama sendiri tak sempat ke sana, tapi tak apa, alhamdulillah kami telah pun tunaikan hajat mama. Ma, inilah hadiah yg sangat bernilai dari kami bertiga buat mama. Biarpun apa yg kami lakukan ini belum cukup utk membalas jasamu, malah tak mungkin dapat dibalas, tapi inilah hadiah yg kami tahu mama sangat2 harapkan selama ni. Semoga haji ini diterima di sisiNya. Aamiiin ya Rabb…