Saturday, 15 June 2013

Semester baru, segalanya baru

Assalamualaikum...

Wah!!! Rajinnya aku buat entry baru kn. Hehehe... Sementara line wi fi kuat dan sementara aku tak sibuk dgn pelbagai tugasan yg bakal mendatang... =)


Kali ni aku nak cerita tentang suasana baru di sini. Aku dah sem 2 dah. Alhamdulillah!. Result sem lepas pun, alhamdulillah sgt2, lebih daripada target ku. =) Sekarang ni sem baru, segalanya baru... Tempat tinggal baru, haosemates baru, roommate baru dan suasana yg baru. Dulu tinggal kat KHAR lama, sekarang kat KHAR baru. Beza sgt. Yg pastinya aku bosan duduk di KHAR baru ni. Tak boleh nak bergurau senda dgn housemates sbb dah tak ada ruang tamu utk kami berkumpul. Semua duk dlm bilik je la. Nasib baik aku satu rumah dengan kak Fitri tau. Tambahan pula, Kak Anis, Kak Siew Ling dan Adik Aisyah selalu juga duk melepak kat sini. Kadang2 aku duk melepak kat bilik dorang. Hehehe....

Masuk bilik je mmg bosan yg amat la... Tapi still happy sebab aku ada housemates yg dulu yg masih berhubung, berjumpa dan bergurau senda. Jadi tak ada la boring sangat. Klu boring, aku sms dorang, ataupun dtg rumah dorang. Pokoknya, hubungan kami masih seperti adik-beradik. Mereka la kakak2 dan adik yg aku ada di sini yg care tentang aku. Sayang sangat kat mereka tau!!!

Klu aku dgn kak Siew Ling mcm biasa la, she's my everything... Klu dgn dia, msti gelak je. Mcm baru2 ni pi pekan berdua dgn dia. Gelak je keje aku smpai lenguh pipi aku sbb lama tak gelak mcm tu. Hahahaha.... Kak Asilah kata aku ngan kak Siew Ling mcm couple. Bhahaha... Gelak sakan kami tau. Utk pengetahuan semua, kami kwn baik yg sgt baik. Aku perlu dia dan dia perlu aku... Dia syg dan hargai aku, begitu jg aku. Susah senang, kami share bersama. Aku happy sangat bila ngan dia... =) Dan kami mcm adik beradik yg sgt rapat. Jgn la ada yg salah faham ataupun jeles dgn hubungan rapat kami ni. Hahaha... Lucu la pula.
Tengah2 mlm mesej aku hanya krn ini??? Ish3x, mcm2 je dia ni tau.

Hahaha.... Kelakar kn dia? Tu yg buat aku happy klu bersama dia. Ada2 je idea dia nak buat org rasa terharu, rasa dihargai dan disayangi. Dia jenis klu syg, dia syg sgt2 dan klu benci, dia benci sgt2. Tak pandai nak bersederhana. Tp aku suka... hehehe... Apa pun, sem ni sem last dia kat sini, so kami akan hargai setiap saat yg kami ada. Begitu jg Kak Fitri, kak Anis dan Adik Aisyah... Happy ada mereka bersama ku. Adik-adik aku dlm kls pun slalu buat aku gelak, Fafa, Liza, Zue, Najwa dan Fatihah. Gembira sangat dengan korang... Cuma kat luar rumah je aku happy tau. Em, dalam bilik really2 bosan bah. Ni la first time aku rasa klu blh jadual aku pack dgn kelas, jd aku xpyh balik rumah. Klu dulu mmg tak sabar2 nak balik rumah... Ya Allah, rindunya!!! Kuatkan aku ya Allah dan jdkan aku mensyukuri apa yg aku dapat skrg.

Kak Anis bagi. Dah lama cari kat Sabah, tp xjumpa. Terima kasih kakakku!

Kak Siew Ling bagi! Coklat... Tasty. Hehehe.... Thanks syg!!!

Adik Aisyah bagi! Nama dia Chip... Thank you adik syg! Love u...
Bersama yg tersayang!!!

Mana2... Cak!!!
Bersama yg tersayang lagi!!!

Sweet tak kami? <3

Luangkan masa sebelum masing2 sibuk.

Main badminton malam2 ok! Hahaha
Sekian ceritera awal sem ku. Nanti nak update lg mungkin time jalan2 ngan mereka nanti or time birhtday party nanti. huhuhu... wait la!!! Assalamualaikum =)

Tuesday, 11 June 2013

-->Warkah Persahabatan<--

Assalamualaikum…

Warkah persahabatan ini ku tulis istimewa buat sahabat-sahabat ku… Nornasha, Dg Nooralizan, Nur Farahie, Azmera Nazalwa, Roziyani dan Amniera Naziera. The very best friends in my life…

Sahabat… sungguh aku bersyukur mengenali kamu semua dalam hidupku. Tak akan ada sesiapa dapat mengganti tempat kamu dalam hatiku. Aku akui, kita berkenalan dan berkawan dengan ramai orang bila kita dah ambil haluan masing-masing. Kadang-kadang kita terjumpa orang yang sama sifatnya macam sahabat yang lain, kadang-kadang kita jumpa orang yang jauh lebih baik lagi… Tapi apa pun aku harap persahabatan kita still go on sampai bila-bila pun…

Ketahuilah wahai sahabatku… Aku menyayangi dan mencintai kamu semua kerana ALLAH. Aku juga akui kisah persahabatan kita ada pasang dan surutnya dahulu. Kadang-kala kita gelak dan ada kalanya kita bermasam muka. Tapi itulah lumrahnya persahabatan… Ada suka dan duka kerana bagi ku itulah rempah utama dalam kita mengeratkan lagi ukhuwah ini. Tapi itu cerita time umur kita masih dalam proses mematangkan diri. Hehehe… Sekarang in shaa ALLAH, jarang bertemu membuatkan kita rasa rindu untuk berkumpul lagi… (Korang rasa yang sama macam aku rasa ka??? Huhuhu…)

Aku tahu aku ada kekurangan aku sendiri… Aku sedar dan dari hari ke hari aku cuba memperbaiki diri ku. Kadang-kala mulut terlepas kata, aku minta maaf sangat-sangat… Kita semua manusia biasa yang masing-masing ada kekurangan. Aku juga cuba menerima setiap kekurangan dan kelebihan sahabat-sahabatku kerana aku tahu, melalui kelebihan dan kekurangan itulah kita saling melengkapi.

Sahabat… seriously, aku happy sangat-sangat time keluar dengan korang baru-baru ni. Di UPSI, aku belajar dengan seseorang tentang LIVE IN THE MOMENT… Dan jiwa serta hatiku saat itu betul-betul berada bersama kamu. Aku cuba yang terbaik untuk enjoy setiap moment bersama kamu waktu tu sampaikan aku tak terfikir tentang orang lain selain yang ada di depan aku je. Kalau ada pun mungkin sekadar mengimbau kenangan lalu… Terima kasih sahabat… =) Korang juga telah menjadi sebahagian dari hidupku… Saat aku kehilangan, kamu setia di sisiku, menangis bersamaku dan kemudiannya membuatku ketawa semula. TERIMA KASIH sebab hadir dalam hidupku… Aku sayang kamu!!!

Last but not least, aku sangat-sangat berharap persahabatan kita ber-7 ni akan berkekalan selama-lamanya sehingga kita bertemu lagi di sana… Kalau ada kesempatan ruang dan waktu, aku harap kita boleh berkumpul bersama-sama macam baru-baru ni. Untuk Kakak, Bibi, Yani dan Mira, aku doa supaya korang pun dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Apa pun tawaran yang dapat, terimalah dengan hati terbuka sebab di situlah rezeki yang ALLAH dah tentukan. Untuk Lizan dan Nurul, teruslah berusaha untuk menghabiskan pengajian kita. Korang semua dah nak ambil ijazah dah, cuma aku yang agak terlewat sedikit… Tapi aku pasti ada hikmahnya semua ni. So, yang dapat kerja dulu nanti, tolonglah jangan lupa belanja aku dengan gaji pertama kamu k… =D hahaha… SAHABAT SELAMANYA… Wassalam…


Yang ni kakak-kakak...


Yang ni adik-adik... hehehe.... Yani tak ada, sibuk nak exam.
Sahabat yang sentiasa duduk sebelah ku... hehehe





























Mana pula datang cermin kat pantai ni??? hehehe

Ya ALLAH, kekalkan persahabatan ini hingga ke akhirnya waktu berlalu... Aamiiin...

Friday, 29 March 2013

1 Semester Telah Berlalu

Assalamualaikum…



Alhamdulillah… sekarang berada di kampung tercinta. 1 sem sudah pun berlalu dan aku akui, aku melalui 1 sem ini dengan penuh kebahagiaan. Seriously, aku tak pernah gelak dan senyum seperti sekarang selepas pemergian mama. Tapi kawan-kawan kat UPSI especially housemates aku, sentiasa buat aku tak kering gusi. Walau apa pun, aku tak pernah sedetik pun melupakan mama… Tak pernah dan tak akan pernah. Macam tu juga sahabat-sahabat aku, dan kawan-kawan sekolah serta kawan-kawan kat matriks. Tak sedetik pun aku lupa… Cuma aku mahu kalian mengerti bahawa langkah ku di UPSI adalah langkah ku yang baru. Di sini aku berkenalan semula dengan erti senyum dan tawa setelah hubungan kami terputus lebih kurang 2 tahun yang lalu. Alhamdulillah, mereka masih ingin mendampingi ku… (,-_-)

Inilah nombor rumah kami... 1-4-3 means I LOVE YOU...

            Entry kali ini ingin ku bercerita khas mengenai housemates ku sahaja. Kenapa??? Sebab aku sudah mulai merindui mereka. Sepanjang 1 sem, mereka sudah menjadi sebahagian dari aku. Dan aku yakin, hubungan yang terjalin ni bukan setakat 1 sem je, tapi in shaa ALLAH selamanya sebab aku dah rasa macam kami semua ni adik-beradik terutama sekali kepada mereka yang selalu bersama aku dan sudi melayan karenah ku… hehehe… Mereka buat aku rasa dihargai dan disayangi, itu yang membuatkan aku menangis saat berpisah dengan mereka. Bukan aku sengaja, tapi aku memang sangat takut dengan kehilangan dan perpisahan. Tapi kak Siew Ling kata, “Kenapa nak nangis? Dia ada, cuma tak ada di depan mata sahaja.” =)

            Pertama sekali nak cerita tentang housemates kami yang paling tua, kakak di antara kakak. Umur dah 26 tahun. Diberi nama NUR FITRIYAH… Kami semua panggil kak Fitri tak kira la kat rumah atau pun  dalam kelas, sebab memang dia antara yang paling tua. Aku memang selalu pergi dan balik kelas dengan kak Fitri. Sebab tu bila orang nampak aku sorang2 mesti tanya mana kak Fitri. Apa ingat aku kembar siam dengan kak Fitri ke??? Hehehe… Tapi memang tak dinafikan aku memang selalu dengan dia kalau dalam kelas. Beza pula kalau di rumah,dia  asyik duduk kat dalam bilik je. Buka je pintu bilik dia, mesti tengah study. Ni la ciri2 pelajar cemerlang… Aku pula kerja main je kat rumah tu. Huhuhu…. Tapi harap2 pointer tetap bagus juga la… Aamiiin… =>
This is kak Fitri... Bukan senang tau nak bergambar ngan dia...
            Yang ke-2 pula, diberi nama FELLICYA… (Kak fel, betul ke saya eja ni??? Saya memang tak pass nak eja nama kak fel. Hehehe… sory kalau silap…) Yang ni pula umur dia 22 tahun. Dah sem 4 dah n ambil course Reka Bentuk dan pembangunan permainan. Kiranya hebat dalam komputer2 ni la… pointer dia pun dia kata 3.9 ke atas setiap sem. Perghhh… Mantap kn??? Mana nak dapat student pandai macam kak fel ni. Untung betul fakulti kak fel dapat pelajar pandai macam kak fel. Nak berguru dengan kak fel tentang komputer ni memang tak sempat la sebab masing2 sibuk. Tapi aku memang minat komputer sangat2. Lain kali kalau ada kesempatan lagi boleh la belajar kn… huhuhu…

Bersama kak Feli dalam KTM...
            Seterusnya… Jeng, jeng, jeng… Kak ANIS SYAHIRAH. <3… Haa, yang ni la antara yang aku sangat rapat kat sana dan paling sedih aku nak lepaskan time dia balik hari tu… Sebab dia betul2 macam kakak buat aku. Dulu mula2 dia masuk rumah tu aku ingat dia sombong tau. Cakap dengan kami pun tak… Tapi bila dah kenal, subhanallah, indahnya ukhuwah ini… Yang buat aku rindu dengan kak anis ni banyak sangat sebab aku banyak meluangkan masa dengan dia kalau kat rumah. Dah tu dia selalu kejut aku kalau subuh. Rindu sangat… Dalam dunia ni, setakat umur aku sekarang, selain mama aku, kak anis la insan yang pandai kejut aku. Aku suka sangat cara dia kejut, macam mama. Lembut je… Paling aku suka bila kak anis kejut sambil usap2 rambut aku. Rasa disayangi… Sambil2 tunggu aku bangun, dia mengaji kat sebelah aku, rindu sangat nak dengar suara dia mengaji… (,-_-) Kak anis rindu saya tak??? Em, kak anis la paling susah nak kata sayang kat orang. Dia kata, “Sayang tak payah tunjuk.” Tapi kan kak anis, kita kena tunjuk dan bagitahu juga walau cuma sekali, sebab kita tak tahu setakat mana umur kita kan… Saya tak nak menyesal macam sebuah kisah benar di blog yang saya baru terbaca… Dia terpaksa suruh kawan dia sampaikan yang dia sayang kawan dia yang tengah koma ni sebab selama dia kenal, dia tak pernah ungkapkan sayang… So, kak Anis…. Saya sayang kak anis kerana ALLAH… Terima kasih sebab selalu bersama saya, usap2 rambut saya, teman saya main game, teman saya tidur bila saya tak ada roommate dan terima kasih atas segalanya. Maaf sebab selalu merajuk dengan kak anis… hehehe… <3
Kak Anis sayang saya tak???
Kata-kata yg ku ambil dari 'peti simpanan' kak siew ling... Hehe
Kakak saya yang seterusnya pula ialah GOH SIEW LING… <3… Honestly, dia la yang selalu buat aku gelak terbahak-bahak. Memang tak kering gusi kalau dengan kak siew ling ni. Ada je lawak dia nak buat. Tapi kalau tak ada dia, mungkin aku tak mampu nak gelak sakan kot. Bila dengan dia, aku rasa sangat dihargai dan aku tak pernah rasa dihargai sepertimana dia menghargai aku. Kak Siew Ling beza dengan kak Anis sebab kak Siew Ling akan tunjuk sayang dia… Dan kalau dia sayang, dia akan sayang sangat2. Sebab tu bila dia tunjuk sayang dia, dia akan betul2 menghargai orang tu. Kak Siew Ling ni Miss Live in the Moment, selagi berkesempatan dan berpeluang, kenapa perlu tunggu hari esok kn… Aku banyak belajar tentang hidup dengan dia, belajar menghargai waktu sekarang yang ada sebab esok belum tentu milik kita. Rindu sangat kat dia sebab dia selalu peluk aku pagi2 kalau aku belum bangun… hahaha… Dia selalu tidur kat bilik aku, luangkan masa dengan aku… Rindu sangat… Baru2 ni time minggu exam, tiba2 dia rasa nak peluk aku, dia akan peluk… Yang paling aku ingat dia kata, “Sayang sangat bah dengan tika. Nak peluk…” hehehe… Nama aku kat fon dia pun, Tikah ku syg… Aku trkejut time nampak nama tu sebab kononnya memang aku nak tambah sayang kat hujung nama tu. Tapi aku pula yg terharu bila tgk sendiri nama aku mmg dia dah buat mcm tu :’) Nampak tak macamana dia menghargai org? Macamana la aku tak syg kat dia… huhuhu… Kak Siew Ling, tak ada dah orang nak peluk saya time tido… Tak ada dah nak manja2 dengan saya, bercerita dengan saya, buat saya gelak… Sem depan tak tahu lagi kan… Tapi saya memang rindui setiap detik kita bersama. Tolongla jangan lupa saya… Hahaha… Lupa nak kutuk dia… Ingatan dia ni teruk sangat sampai housemates dia yg lepas pun dia lupa nama. Apa la nasib aku agaknya ye??? Wait n see je la… Huhuhu…

The best moment in my life...
Ni kunci bilik kami... 1-4-3 (4) means I LOVE YOU MORE...
Sebab tu bilik kami popular... Penuh kasih syg... =P

            Next adalah adik aku@roommate aku… AISYAH. Yg ni mmg agak nakal sikit… Mulut dia memang main lepas je, tapi itulah dia. Dia tak hipokrit dan sebenarnya hati dia penuh dengan kasih sayang. Dia jenis mudah terima seseorang dalam hidup dia dan mudah juga menyayangi. Hahaha… Tapi dia sendiri akui yang hatinya keras. Nasib baik dia dapat roommate macam aku yg boleh dikatakan sabar jugalah dengan karenah dia… Huhuhu… ;) Kenangan yang paling aku takkan lupa, time kita org jalan kat KL dulu. Best sangat… Dia mesti nak pegang tangan aku sebab aku slalu jalan kat belakang. Dia takut aku tinggal la tu… Hahaha.. Walaupun kadang2 geram dengan dia, tapi aku still sayang dia macam adik aku sendiri. Adik, tak ada dah nak tidoq sebelah kak, nak bising2 time kak tengah tidoq, tarik dan usap rambut kak, nak peluk kak bila adik happy… Em, tiba2 rasa rindu pula dengan semua tu. Tapi kak tau, kita sama2 dah cuba yang terbaik utk menjadi roommate yg terbaik kn… Lagipun bilik kita kan popular di antara bilik2 yg lain…. Bilik kita ada aura kasih sayang yg lebih dari bilik2 yg lain… huhuhu… Bukan perasan, tp kenyataan… =P

Sweet tak kami? Walaupun selalu gaduh... hahaha
            Lastly, FAHIRA… Dia yang paling bongsu walaupun sama umur dengan Aisyah sebab dia muda 2 bulan dari Aisyah… Kami semua panggil Fafa. Tapi mula2 dulu kak Siew Ling panggil dia Fifa. Lucu betul la, nama senang2 pun tak boleh nak sebut. Kami satu kelas. Kadang2 kami habiskan masa bersama dengan adik2 aku yang lain sementara tunggu kelas yg seterusnya. Fafa suka sangat karaoke.. Hahaha… Time kat rumah pun kami selalu nyanyi sama2. Lagu2 lama… Best sangat sampai kak Siew Ling jeles sebab kami berduet, dia pula tak tahu lagu yang kami nyanyi tu. Huhuhu… Fafa ni sangat mementingkan pintu tandas. Pintu dan lampu tandas mesti sentiasa tertutup. Pantang betul dia kalau nampak pintu tu terbuka. Kak Anis selalu takut, kalau dia terlupa mesti dia cepat2 tutup. =D Rindu la korang semua!!!

Comel tak kami??? Jgn jeles... =P
      Oh ye, lupa pula… Hehehe… Ada lagi sorang housemate dulu, tapi dah pindah pi SPA. Nama dia NUR SYAFIZA… Yg ni tak sempat nak rapat sangat. Mungkin klu dia still bersama kami, pasti kami semua akan rapat. Apa boleh buat, jodoh untuk bersama lebih lama tu tak ada. Tapi in shaa ALLAH klu terjumpa pun mesti masih kenal punya. Bila2 ada masa, Fiza datang la lawat kami ye… =)

Makan beramai2 sebelum berpisah....
            We have the GREAT time together… Risau pula housemates sem depan macamana. Aku rasa cukup sempurna berada di sisi mereka sepanjang 1 sem ni. Suka, duka, kami kongsi bersama… Gelak, tawa merupakan perhiasan paling utama di rumah 1-4-3. Tak pernah dan tak akan aku lupa setiap detik kita bersama. Masing2 dah macam adik-beradik. Tapi seriously, bila pergi rumah2 yg lain, mereka tak macam kat rumah kami. Kami selalu berkumpul bersama, berbual2 kat ruang tamu, pokoknya rumah kami jarang sangat sunyi. =P Perghhh!!! Panjangnya aku taip… Fuhh, penat jg ye. Hahaha… Sampai sini dulu ceritera hausemates aku. Doakan ukhuwah kami berpanjangan ye sebab aku sayang sangat kat mereka semua… (,-_-) Thanks sebab buat saya ingat kembali cara nak senyum dan ketawa melalui hati saya. Thanks girls… Gonna miss u all… <3

Hahaha... Keje gila di tengah2 malam.... ;-D
Kakak2ku....
Kami memang suka bergambar... =P
Kakak dan adikku...

Sayang kakak dan adik2ku... Jgn lupa saya ye... :')

Begitu sukarnya untuk aku mencipa kenangan... Namun begitu payah juga untuk aku melupakan...
LOVE U ALL... SEE U AGAIN NEXT SEM... I HOPE.....
P/S: Aku menyiapkan entry ini dengan ditemani lagu "Dengarlah Bintang Hatiku" dan "Just the Way You Are". Lagu "Dengarlah Bintang Hatiku" pernah menjadi teman tidurku bersama kak Siew Ling dan Adik Aisyah... Sweet sangat waktu tu... :') Untuk 'kamu', jangan nangis lagi kalau dengar lagu ni k. Klu nak nangis, tunggu la bila saya ada di sisi...

Tuesday, 25 December 2012

Hujung Minggu yang tak Mampu Dilupakan

Assalamualaikum...

     Happy sangat-sangat... Happy yang tak mampu aku ungkapkan dengan kata-kata. Ya ALLAH, aku tahu KAU telah menentukan setiap jalan yang perlu aku lalui dalam hidup ini. Ajari aku untuk redha wahai ALLAH... Amiin ya Rabb...


    Pertama-tamanya, aku happy sebab dapat bertemu dengannya... Siapa??? My father la... =) Bapak, thanks sebab sudi datang. Thanks sebab jumpa Ika. Ika tak pernah jangka dengan pertemuan ini.



    Pertemuan kami pada 21 Desember 2012 jam 8.50 pm di Kolej Harun Aminurrashid. Hahaha... Lengkap wei. Pertama kali nampak bapak, perghh muka bapak macam PKR Bongawan. Hehehe... Sikit-sikit je la. Bapak nampak aku, terus keluar dari kereta. Aku salam dan bapak cium dahi aku... Rasa nak menangis... Tapi aku tahan je. Control ayu la sikit. Hehehe... Bapak datang dengan aunty. Lepas tu bapak bawa makan malam kat luar. Aku dah makan dah, tapi kena paksa makan juga. jadi aku makan je la. =)

     Aku tak banyak cakap sangat, faham-faham je la aku kan pendiam... Hahaha... (ya la sangat) Kalau ditanya, aku jawab la. Kalau aku nak tahu aku tanya la. Senang citer kan... Hehehe... Lepas tu kami balik dalam jam 10 pm. Bapak hantar pergi KHAR semula. Tak sangka malam tu jumpa sebab bapak kata 22hb. Awal beberapa jam. Tak sedia apa-apa pun. Tapi tak apa la. Bapak memang nak sangat-sangat jumpa. Macam aku juga.

    Esoknya bapak bawa jalan jauh pula. Kami pergi Chenderiang. Ada air terjun. Best tau... Mula-mula ingat bapak bawa pergi cameron, tapi hampa pula. Tak apa, Chenderiang pun best juga, ada air terjun. Tapi bapak tak plan pun, jadi tak mandi la. Sedihnya.... Hehehe... Lain kali kita pergi lagi ye... =) Best sangat... Bapak siap pimpin tangan aku lagi, padahal nak lalu kawasan letak kereta je pun kat perhentian Tapah tu. Tapi aku rasa bahagia sangat... Bapak pula lucu sangat, suka buat lawak. Dah la bapak polis, tapi tak ikut langsung peraturan jalan raya. Boleh, boleh memotong barisan time kat tol. Bapak, bapak...

Bersama bapak
     Malamnya pun bapak bawa makan sama-sama lagi. Makan kat luar. Aunty cakap mesti aku bosan selalu makan kat dalam je. Aku ikut je sebab bapak yang belanja. Hahaha... Jimat duit makan aku. Dah tu bapak siap bagi belanja lagi kat aku. Terharu :') Aunty kata aku sama sangat dengan bapak. Muka kami iras aunty kata. Setiap kali aunty kata macam tu bapak pula pasti akan kata, "Anak bapak..." Hehehe... Bapak tak suka makan pedas, sama macam aku... Aunty bila tahu terus dia gelak. Dia kata sama sangat... (@_@)

     23hb aku ada test chemistry, pagi... Bapak kata nak jumpa sebelum dia balik. Aku ok je... Tapi lepas test tu bas lambat sangat. Dah la ada janji dengan kawan-kawan nak pergi Sungai Samak, bapak pula tengah tunggu sebab nak pergi Kuala Kubu Bharu lagi jumpa kawan-kawan aunty. Lastly, terpaksa call teksi. Aku balik dengan Zanna. Nasib baik jumpa dia tau...

     Bapak ajak makan sama-sama, tapi aku tak dapat ikut sebab dah lambat nak pergi sungai Samak (kesian bapak...) tapi bapak ok je. Lagipun nanti cuti aku kat sana juga. Hehehe... Thanks bapak sebab memahami. Nanti cuti kita jalan-jalan lagi ye... Sedih sangat bila bapak dah nak balik. Tapi tak apa, nanti Ika datang rumah bapak... In Shaa ALLAH... Aunty kata bapak dah sediakan satu bilik untuk aku, siap beli perabot baru lagi sebab bilik tu kosong. Tambah lagi aku terharu... 

Will miss you...
     Selepas jumpa bapak tu, kami pergi enjoy... Hahaha... Mula-mula memang rancang nak pergi Sungai Samak dengan menaiki basikal. Tapi last-last mereka tukar plan nak pergi ke Sungai Kalumpang la pula. Best sangat-sangat dapat berendam dengan kawan-kawan. Semua sekali 12 orang. Tak nak cerita panjang, aku bagi tengok gambar je. Jangan jeles k... =P

With Kak Siew Ling, my housemate...
Cantik kn... Kn... kn....

Sweetnya kakakku ni...

Ni kami!!! Enjoy...

Kat tangga... Lepas mandi

Ni pun kat tangga yang sama

Dengan roommate...

Cantiknyerrr....

Amboi, cntiknya pose

Bang! Bang!

Dengan sahabat... =)

Happy je semua...

=)

Kat jambatan gantung

Dah nak balik dah

Selamat datang dan datang lagi!

Sayang adik!

Malunya.... Sayang kakak dan adikku...

Sweet housemate

Sedapnya aiskrim

Kak Siew Ling pun nak juga

Nak datang lagi

Bye Kalumpang...

Bergila-gila sambil tunggu Pak Din

Comelnya aku... Hahaha

Hehehe...

Jom Mandi!!!!

Dengan my sister

Peace bersama Lizan

Tak tahu dah nak taip apa. Hahaha

Jom makan!!!

Housemates yang best sangat

Sweet tak? Jangan jeles

Sahabat selamanya

Titanic... Konon

Kak Siew Ling hampir lemas. Nampak kaki je. Hahaha

Mizah, thanks ajak aku pergi sini... =)

Kak Siew Ling marah aku sebab ganggu dia bergambar. Hehehe

Model yang terlebih bergambar

senyum semua!

Rindu la pula nak pergi sini

Bersama adik-adik

Suka sangat gambar ni sebab aku peluk kak Siew Ling kat atas, Aisyah pula peluk kat bawah

Ni semua yang ikut, 12 orang

Balik dulu, jumpa lagi =)
     Fuhh... Banyaknya gambar... Happy sangat2. Tak sangka hujung minggu ku penuh dengan pengisian yang sangat membahagiakan aku. Terima kasih ya ALLAH... Terima kasih atas nikmat yang KAU berikan untuk aku merasai sekali lagi erti senyum dan tawa... Terima kasih sahabat-sahabat, teman-teman, kakak-kakak dan adik-adikku... Terima kasih teristimewa buat bapak dan aunty. =) TERIMA KASIH!

Wassalam...