Tuesday, 19 August 2014

Adakah aku akan menangis?

Assalamualaikum...

    Ngeeeee... Tersengih jap. Memang aku suka biarkan blog berhabuk kn? Aishhh, maaflah, aku memang sibuk dengan pelbagai assignment, kuiz dan test. Dalam 2 minggu ni saja akan ada 3 test yang menanti. Allahu... Semoga aku sabar melalui minggu2 yang sibuk ni. But first, smile :)

    My friend asked me last night, she said, "Kak Tika nangis ka klu kita dah abis belajar nanti, time kita berpisah?" Tahu apa aku jwb??? Hehehe... Aku kata, "Mustahil la..." Wkakaka... Scra spontan jwpn tu trkeluar. Motif aku nak nangis kan. Siap ada yg kata lg, "Knp? Air mata kak Tika dah kering ke?" Hahahaha... Lucu sangat mereka2 ni. ;P Wahai adik2ku, kat sini biar kak Tika jwb eh, bukan tak sedih berpisah dengan korang, bukan tak sayang kat korang, tp korang kn tetap ada, cuma tiada di depan mata. So, kenapa perlu menangis sbb kak pasti kita still akan contact jg. Kak percaya tu... Dan kak sangat penat untuk menangis dah, cukuplah selama ni kak menangis, cukuplah... :)

     Bohonglah klu aku kata aku dah stop dari menangis... Kadang kala perasaan sebak tiba2 dtg, aku tetap akan menangis. Cuma bezanya sekarang memang aku sangat jarang menangis... My life now full with laughter, happiness and love, so why should I cry for something that is only temporary? It's hurt, you know... Very very hurt when you have to cry. So, I decided to try my very best to minimize my "tangisan"... huhuhu... Selayaknya, tangisan seorang hamba adalah untuk didengari Tuhannya. Allah ada, bila rasa sedih menangislah di hadapanNYA... Tp pastikan slps menangis, kita jadi kuat semula. Biarlah kita nampak kuat di mata manusia, biarkan hakikatnya hanya Allah yg tahu...

Wassalam...

Thursday, 12 June 2014

Semester baru......

Assalamualaikum...

     Sekali lg, dah lama tak update blog ni. Alahai, kesiannya ko blog dpt tuan mcm aku ni. Apa pn, sempat la jg ari ni nak update. :-)

     Sekarang aku kat UPSI dah... Baru first week bah, enjoy2 bah dulu. Hahaha.... esok memang rancang nak pi Pulau Pinang... Yipi, akhirnya in shaa Allah hajat akn trcapai B-) Esok maybe pergi dgn my BFF, kak Siew Ling, Adik Aisyah, Liza dn maybe kwn adik jg. Aduh, xsabar la pula. Dah lama tak hang out ramai2 mcm ni. Biasa berdua je kn... Huhuhu...

     Malas nak taip panjang2 sebenarnya. Time kat kmpung ari tu ingat nak update pasal percutian kat sabah. Tp memang line di kampung sgt 'baik' kan, so malas la nak update. Kuikuikui...

     Nanti ada masa aku update lagi la. Agak mengantuk skrg ni. Hahahaha...... lgpun ada someone jg kat sini kn. Hehehe... kena layan org yg ada di depan mata dlu. Nanti dia balik rindu pla, payah aku nak mngubat rindu nanti. Kikiki...

Tuesday, 6 May 2014

Pendaftaran Badal Haji Buat Mama

Assalamualaikum…


Alhamdulillah, hari ni 6 mei 2014, dengan sabarnya kami telah menunggu selama setahun untuk mendaftarkan mama badal haji, akhirnya terlaksana pada hari ini. Alhamdulillah, Alhamdulillah dan Alhamdulillah. Wlupun sebelum tibanya hari ini pelbagai halangan dan kekangan telah kami hadapi hinggakan ada terlintas niat utk menangguhkannya dahulu pd tahun depan, namun Allah itulah sebaik2 Penolong. Hanya Allah sajalah yang tahu bertapa gembiranya kami pada hari ini. Kekecewaan telah pun dirasai setahun yang lalu, dan Allah balas dengan kegembiraan yg berganda bilamana angka giliran yang kami terima td ialah nombor 1. Alhamdulillah :’)


Memang sejak kami bertolak dari rumah hati masing2 berdebar memikirkan sempat ke tak nak ambil nombor giliran yang terawal ni. Fikir, mesti dah ramai yang menunggu di tabung haji tersebut. Alhamdulillah, belajar dari pengalaman. Tahun lepas angka giliran kami 22, tapi yang sempat daftar kalau tak silap hanyalah 14 org sahaja. Memang sedih dan kecewa sgt tahun lepas hingga tak dapat menahan air mata dr terus mengalir. Waktu tu kami bertolak jam 7 lebih dr rumah, tp td kami bertolak jam 6 lebih. Huhuhuhu…. Pengalaman mengajar kita, kan? Hehe…

Lama juga kami tunggu tadi. Memang tahun ni terlalu ramai orang yang datang, lebih dari 100 org jika dibandingkan dgn tahun lepas. Memang bersyukur sangat sebab dapat nombor giliran 1. Mulanya pihak tabung haji mengedarkan borang pendaftaran. Mereka kata siapa yang dah siap isi boleh ambil nombor giliran, so memandangkan aku dan si kakak sulung ni memang menanti2kan saat ni, memang kami isi dengan secepat2nya, dengan perasaan berdebar yang cuma Allah saja yg tahu.  Bila ingat2 balik rasa lucu pula. Hahahaha… Aku tukang bagi semangat, “cepat, cepat, ada dah ni nombor giliran.” Si kakak pun ‘kapat-kapat’ menulis. Hahaha… Bila dah siap tulis, pergi ambil nombor giliran, memang gembira yang amat dan terharu bila tengok nombor tu. Kikiki…

Waktu mendaftar tu, aku yg tunggu di luar memang berdebar sangat. Lama sangat si kakak dlm tabung haji tu, rupa2nya komputer ada masalah. Aku berdebar di luar, si kakak lagilah berdebar di dalam bila menghadapi situasi tersebut. Bila je si kakak keluar, memang aku tersenyum lebar dan gembira sangat. Terharu pun ada… Hehehe… Tapi sebenarnya di sudut hati kami terselit juga rasa kasihan kepada mereka2 yg dtg yg mungkin tak sempat utk mendaftar. Ada yg jam 5.30 pg dah ada kat sana. Ada juga yg datang dr jauh. Memang terselit rasa simpati waktu tu andai kata mereka tak sempat utk mendaftar. Kakak kata waktu dia keluar dr tabung haji, mereka2 yg menunggu giliran mereka di luar tabung haji sempat berkata, “Syukur la, selesai sudah kamu.” :’( Sedih bila dengar. Sesungguhnya kami faham perasaan mereka saat itu. Berdebar seperti kami jg, wajah2 mereka penuh dgn harapan, dan aku pasti mrk akn kecewa seperti kami thn lpas andai kata tak sempat utk mendaftar. Kami faham… (,-_-)

Walau apa pun, kami buat ni utk mama. Memang kami tekad td klu trpaksa berebut ambil  angka giliran, rebut je lah. Tp awal2 dah pesan kat si kakak, jgn tolak2 org tua, kesian. Hehehe, nasib baik tiada unsur berebut td. Memang puji jugalah sistem Tabung Haji tu. :D In shaa Allah tahun ni akan terlaksanalah rukun Islam yg ke-5 buat mama. Biarpun mama sendiri tak sempat ke sana, tapi tak apa, alhamdulillah kami telah pun tunaikan hajat mama. Ma, inilah hadiah yg sangat bernilai dari kami bertiga buat mama. Biarpun apa yg kami lakukan ini belum cukup utk membalas jasamu, malah tak mungkin dapat dibalas, tapi inilah hadiah yg kami tahu mama sangat2 harapkan selama ni. Semoga haji ini diterima di sisiNya. Aamiiin ya Rabb…

Friday, 25 April 2014

Blog berwajah baru

Assalamualaikum…

Tadaa… Blog berwajah baru. Hehehe… Saja nak ubah angin. Kalau ikut, URL pun aku nak tukar, tp nanti aku juga yg susah nak kena bagitahu kat orang lain kn… so biar je la =) Hahaha…

Rajin la pula kan nak update bagai. Saja je sebab alang2 nak tukar wajah blog ni, so apa kata kita update entry baru pula. Hehehe… Tapi, nak citer apa erk??? Blur dah dtg pula… Aiyo… Hahaha…

Ok, let me explain why I choose this template. Because of the name of this template, OUTSIDE OUR WINDOW… Aku ingin keluar melihat dunia, aku ingin menjelajah ke serata tempat, aku ingin melihat lebih dari apa yang aku lihat sekarang. ‘I don’t want to just see from my window, I want to feel it myself, I want to live every moment…’ =) Tajuk blog pun dah tukar, Live every moment, Love every day. Aku tukar sebab aku rasa cerita2 dlm blog aku lebih sesuai dgn tajuk seperti ini. So, apa salahnya tukar angin. “Aku yg dulu bukanlah yg sekarang..” (baca sambil nyanyi) Hehehe… Anyeong... Nanti aku update lagi, penat me'repair' blog ni. Kikiki...


Thursday, 24 April 2014

Blur -_-

Assalamualaikum...

Errrr... sebenarnya blur ni, tak tahu nak taip apa kat sini. Ni pun sebab dah 2 bulan lebih rasanya blog ni terbiar. Hehehe... Kesian ko blog dapat tuan mcam aku ni. Kikiki... Apa pun, beta nak khabo ni, beta tgh cuti 2 bulan!!! Tp... sebulan telah pun berlalu. Apakahhhh, terasa cepatnya. Dulu time kira hari nak exam bkn main lama lg sebulan tu. -_- blur again... puhahaha...

Baru2 ni ada sahabat balik kampung, (my dear Mila... hahaha) so ada la juga aktiviti pi kluar jumpa, pi dating kat pantai (erk... hehehe), pi Papar juga. Skrg... duduk rumah je la keje. Really miss her. Skrg tunggu si kwn sorg tu pula balik kampung, mungkin ari ni kot, sapa lg klu bkn my dear Nonoy. Hehehe... Cepat la balik noy, aku boring tahap gaban dah ni. :(

Oh ye, lupa pula nak bgtau, my dear soulmate, Siew Ling akan datang ke Sabah hujung bulan mei ni. Oh, sungguh aku tidak sabar. 4 bulan dah tak ketemu. Memang rindu la... Tapi memandangkan selalu calling, so tak terasa jauh sangat =) Nak doa masa cepat berlalu, rasa tak kena pula sbb itu maknanya masa cuti juga akan cepat berlalu. Hurmmm, sabar je la. Masa tetap berjalan mngikut waktunya. Hehehe... Kak Siew Ling syg, I'm waiting for u k...

Ok fine, my network data dah abis dah. Kuikuikui... nanti la lain kali aku update. hehehe... (nampak sgt ke'blur'an aku) Hahahaha.... Kbye.

P/S: 
Sebuah buku yang kurang istimewa untuk dia yang teristimewa,
Sebuah cetusan rasa buat dia yang merasa,
Sebuah ungkapan sayang buat dia yang tersayang,
Sebuah kenangan untuk dia yang sentiasa dalam ingatan...

Sincerely,
Your Chakiyaa =)